in

Kecoh Pasal ‘Chee Cheong Fun’ Ada Bahan Tak Halal, Kedai Popia Beri Penjelasan

bibi 7

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda suka food-hunting, mesti anda tahu makanan tradisional masyarakat Cina iaitu ‘Chee Cheong Fun’. Ia merupakan nasi gulung kukus berasal dari China Selatan dan negara ini, ramai peniaga menjual hidangan ini mengikut citarasa orang Malaysia.

Baru-baru ini, kecoh di media sosial tentang makanan tradisional masyarakat cina itu yang dikatakan ada bahan yang tak halal iaitu khinzir. Ramai netizen mencemuh kedai popia popular yang menjual hidangan tersebut termasuklah influencer beragama Islam yang review hidangan tersebut turut mendapat tempias.


bibi 1 1

‘Chee Cheong Fun’ ada kaitan dengan khinzir?

Isunya adalah perkataan ‘Chee Cheong Fun’ itu sendiri apabila diterjemahkan melalui auto-translate di Facebook, ia membawa maksud early-flavored pork sausage powder ataupun serbuk sosej berperisa khinzir.

Disebabkan majoriti masyarakat di Malaysia adalah Muslim, ia menyentuh sensitiviti agama Islam menyebabkan isu ini menjadi viral di pelbagai platform media sosial padahal hidangan tersebut diperbuat daripada beberapa campuran tepung yang dikukus dan digulung.

Melainkan pembuat makanan itu sendiri yang meletakkan bahan yang tidak halal seperti daging khinzir.

Artikel berkaitan: “Dah nampak dekat logo” – Lelaki Pertahankan Owner Kedai Nasi Kandar Tak Halal, Ini Sebabnya..
Artikel berkaitan: “Obses sangat nak halalkan benda haram” – Minum Soju Halal, Influencer Dikecam Tak Cakna Isu Agama

Penjelasan oleh kedai popia

Prihatin terhadap perkara ini, kedai popia yang terkait dengan isu ini telah mengeluarkan kenyataan rasmi dan memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.

Pihak Bibi’s Popiah menjelaskan gambar tangkap layar yang viral menunjukkan bahan ‘Chee Cheong Fun’ ada kaitan dengan daging khinzir itu adalah hasil terjemahan secara langsung ataupun auto-translate  Facebook.

Namun, hidangan tersebut tidak mengandungi sebarang unsur khinzir atau bahan-bahan yang diharamkan oleh umat Islam termasuklah alkohol.

bibi 2

Seorang pempengaruh di Facebook juga memberitahu ‘Chee Cheong Fun’ itu adalah sekadar nama dan bentuknya yang menyerupai usus khinzir tetapi ia bukanlah diperbuat daripada usus khinzir.

Menyingkap di ruangan komen, ramai netizen memberitahu kebanyakan Chee Cheong Fun yang dijual di Malaysia tidak ada kaitan dengan daging khinzir.

bibi 4

bibi 3

Sumber: Facebook, Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.