Kalau korang ikuti Olimpik 2024 yang sedang berlangsung di Paris sekarang ni, mesti korang tahu yang pasukan Amerika Syarikat telah pun berjaya memenangi pingat emas bagi acara gimnastik artistik semalam.
Beberapa jam selepas memenangi pihak emas, salah seorang atlet pasukan AS, Simone Biles telah meraikan kemenangan tersebut dengan membuat posting di Instagram dengan menambah kapsyen memerli bekas ahli pasukannya, Mckayla Skinner.
View this post on Instagram
Ini kerana, Mckayla Skinner yang pernah memenangi pingat gangsa pada Olimpik Tokyo 2021 telah membuat komen negatif tentang pasukan AS dengan mengatakan yang dia rasa atlet gimnastik sekarang tak bekerja keras seperti atlet dulu, kecuali Simone.
Ekoran komennya ini, Mckayla telah menerima kritikan sehingga bekas atlet yang telah bersara ini membuat video untuk memohon maaf atas komennya dengan mengatakan ramai yang telah tersalah anggap.
Posting memerli Mckayla yang dibuat oleh Simone itu telah mendapat banyak sokongan dari orang ramai termasuk bekas-bekas atlet gimnastik sebelum ini seperti McKayla Maroney dan Jordan Chiles.
Sehari selepas posting tersebut, Simone mendedahkan yang akaunnya telah pun disekat oleh Mckayla Skinner.
Susulan pergaduhan yang berlaku di antara Simone Biles dan Mckayla Skinner ni, apa kata kita tengok permusuhan lain yang pernah berlaku dikalangan atlet.
1. Michael Jordan vs. Isiah Thomas
Permusuhan di antara atlet terhebat bola keranjang Michael Jordan dan Isiah Thomas ini telah pun berlaku sejak tahun 1985. Dikatakan, Isiah dan beberapa pemain NBA lain telah membuat keputusan untuk buat Michael seperti tak wujud dalam Perlawanan All-Star 1985.
Michael dikatakan telah menyalahkan Isiah atas apa yang berlaku sehingga dia dikatakan telah memastikan bahawa Isiah tak dimasukkan dalam Pasukan Impian 1992. Apabila Michael dan pasukannya Chicago Bulls berjaya mengalahkan Pistons pada 1991, Isiah dan pasukannya dikatakan telah berjalan keluar dari gelanggang dan enggan mengucapkan tahniah apabila perlawanan tersebut berakhir.
Malah, Isiah juga pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa bintang bola keranjang LeBron James merupakan atlet yang lebih bagus dari Michael Jordan.
2. Tonya Harding vs. Nancy Kerrigan
Permusuhan di antara Tonya Harding dan Nancy Kerrigen telah menyebabkan satu insiden buruk berlaku pada 6 Januari 1994 dan ia sekaligus menjadi salah satu skandal sukan terbesar dalam sejarah.
Ketika sedang bersiap sedia untuk bertanding pada Olimpik Musim Sejuk 1994 di Norway, atlet peluncur air, Nancy Kerrigan telah diserang oleh seseorang yang telah memukulnya dengan menggunakan kayu di bahagian lutut menyebabkan dia gagal menyertai Kejohanan Luncur Ais AS.
Tak lama selepas itu, didedahkan bahawa serangan tersebut telah dirancang oleh beberapa lelaki yang mempunyai hubungan dengan Tonya Harding.
Tonya telah mengaku bersalah terhadap konspirasi tersebut bagi mengelakkan dirinya dari didakwa di mana dia mengatakan bahawa dia tahu siapa yang membuat serangan tersebut tapi tak beritahu pihak polis.
Ekoran ini, Tonya telah digantung selama tiga tahun dan diminta untuk membuat program khidmat masyarakat selama 500 jam dan membayar dengan sebanyak US$160,000. Tonya juga telah disekat dari Persatuan Peluncur Ais Amerika Syarikat.
Artikel berkaitan: Jeff Gillooly: Kisah Lelaki ‘Serang’ Atlet Luncur Ais Gara-Gara Nak Bagi Bekas Isteri Menang Olimpik
3. Kobe Bryant vs. Shaquille O’Neal
Kobe Bryant dan Shaquille O’neal telah memenangi sebanyak tiga kejohanan bersama ketika mereka berada dalam pasukan Los Angeles Lakers di awal tahun 2000-an.
Namun begitu, hubungan mereka mula renggang apabila Shaq telah menuntut pertukaran dari Lakers pada 2004 dan menyertai pasukan Miami Heat.
Dua bintang bola keranjang ini kemudiannya telah mengkritik satu sama lain dengan Kobe telah mempersoalkan cara dan tabiat latihan Shaq.
Beberapa tahun kemudian, dua atlet ini telah berbaik semula selepas bersara dari NBA.
4. Muhammad Ali vs. Joe Frazier
Muhammad Ali merupakan salah seorang peninju paling hebat dalam sejarah dan mungkin salah seorang atlet yang hebat dalam mengkritik seseorang.
Macam pada tahun 1971, Ali telah berjaya mengkritik Joe Frazier sebelum perlawanan pertama mereka dengan membuat komen negatif tentang fizikal Joe.
Ekoran ini, Joe telah berjaya mengalahkan Ali dalam perlawanan pertama mereka namun Ali telah menang ketika mereka membuat pertarungan semula pada 1974. Dua atlet ini kemudiannya telah berlawan sekali lagi dengan Ali berjaya memenangi perlawanan tersebut dan mereka tak pernah berbaik selepas itu.
Artikel berkaitan: “Tarik tali pun ada?” – 7 Sukan Yang Dah Tak Wujud Dalam Acara Olimpik Moden
5. Tiger Woods vs. Phil Mickelson
Dua nama besar dalam sukan golf ini telah pun bermusuh sejak akhir 1990-an sehingga pertengahan 2000-an.
Tiger Woods jarang bersosial dengan pemain-pemain golf yang lain dan merupakan salah satu sebab kenapa hubungannya dengan Phil Mickelson tegang.
Ketika ditemubual pada 2003, Phil telah mengejek kayu golf yang direka oleh Tiger sebagai “inferior”. Phil kemudiannya telah memberikan pujian tak ikhlas dengan mengatakan Tiger merupakan satu-satunya pemain yang cukup bagus untuk mengatasi peralatannya yang tak bagus.
Pun begitu, Phil mempunyai masalah untuk memenangi perlawanan besar manakala Tiger telah menang banyak perlawanan.
Sumber: LiveNowFox, People