in

Kecoh Di Stesen Minyak, Penyokong Selangor Didakwa Diculik Selepas Aksi Liga Super Menentang Perak FC?

penyokong selangor diculik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tular di media sosial sejak malam tadi beberapa video yang memaparkan satu kekecohan berlaku di sebuah stesen minyak dipercayai di Lebuhraya New Klang Valley Expressway (NKVE).

Menerusi video tular yang dimuat naik di platform X, kekecohan dikatakan berlaku antara penyokong bola sepak kelab Perak FC dan Selangor FC.


Insiden terbabit berlaku selepas tamatnya perlawanan Liga Super membabitkan kedua-dua kelab berkenaan di Stadium Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan keputusan memihak Selangor FC (2-1).

Artikel berkaitan: Kes ‘Royal Rumble’ Antara Penyokong Perak & Selangor, PDRM Tahan 4 Individu Terlibat

Artikel berkaitan: “Asap penuhi stadium” – Tewas Dengan Selangor FC, Penyokong Persija Jakarta Merusuh

Bas dinaiki penyokong Perak di baling batu

Menerusi klip video yang dimuat naik itu, sekumpulan penyokong Perak bertindak mengheret seorang penyokong Selangor FC yang difahamkan terdiri daripada kumpulan ultras.

Difahamkan, kejadian itu tercetus selepas bas yang dinaiki kumpulan penyokong Perak atau dikenali sebagai The Bos Gaurus (TBG) dibaling batu di lebuh raya oleh tiga penyokong Selangor.

Susulan itu, TBG telah bertindak mengejar individu-individu berkenaan yang kemudiannya berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak sebelum berjaya menangkap salah seorang daripadanya.

Dakwa ultras Perak culik penyokong Selangor

Bagaimanapun, timbul dakwaan lain yang mengatakan ultras Perak telah menculik penyokong Selangor kerana membawa individu berkenaan menaiki bas mereka.

Bagaimanapun, terdapat juga maklumat yang mendakwa bahawa individu berkenaan bukan ‘diculik’, sebaliknya dibawa oleh penyokong Perak FC menaiki bas untuk ke balai polis berhampiran bagi tindakan lanjut.

Namun setakat ini, kedua-dua cerita berkenaan tidak dapat dipastikan kesahihannya memandangkan tiada kenyataan rasmi yang dikeluarkan lagi oleh pihak polis.

Sumber: X, Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.