in

Kecewa Hanya Seorang Diri Uruskan Bapa Sakit, Wanita Nekad Putuskan Hubungan Adik-beradik

wanita putuskan hubungan adik beradik bapa sakit

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Menjaga orang sakit atau uzur ini bukanlah perkara yang mudah. Bukan sahaja kita perlu kuat secara fizikal malahan hati kita juga perlu tabah dalam menangani emosi.

Satu perkara menjadi isu membabitkan hal menjaga orang tua sakit apabila ada antara adik-beradik bertindak lepas tangan dengan memberi pelbagai alasan.


Artikel berkaitan: “Dia tukarkan lampin, lapkan badan” – Remaja 12 Tahun Jaga Ibu Kena Strok Di Hospital Undang Sebak

Seorang diri jaga bapa sakit

Situasi ini dialami oleh seorang wanita yang kecewa dengan sikap lepas tangan adik-beradiknya yang lain dalam menjaga bapa mereka yang sedang sakit.

Menerusi perkongsian wanita itu, dia terpaksa berdepan cabaran dalam menguruskan bapanya di hospital yang sedang bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat, walaupun mempunyai tanggungjawab lain sebagai seorang ibu kepada dua cahaya mata.

Screenshot 2025 01 20 132208

“Ayah mempunyai enam anak, tetapi yang menjaganya dari awal sehingga kini hanyalah saya seorang.

“Mereka langsung tidak bertanya khabar malah hanya berdiam diri saat mengetahui ayah dimasukkan ke hospital.

“Kalau tidak boleh bantu dari sudut kewangan atau tenaga kerana sibuk bekerja, cukuplah bertanya keadaan ayah walaupun hanya untuk lima minit,” ujarnya.

Apa yang membuatkan dia lebih terkilan apabila tiada seorang adik-beradik menghubunginya, apatah lagi mengambil berat keadaan terkini bapa mereka.

Tambahnya, segala prosedur rawatan termasuklah radioterapi dan kemoterapi bapa, diuruskannya seorang diri sehingga hospital kini diibaratkan sebagai rumah kedua.

Screenshot 2025 01 20 132129

Nekad putus hubungan adik-beradik

Dia yang meluahkan perkara itu menyatakan mahu memutuskan tali silaturrahim dengan lima beradiknya yang lain.

“Buat semua adik-beradik, ingatlah tidak mudah untuk menjaga orang tua lebih-lebih lagi diuji dengan sakit seperti ini.

“Mulai hari ini, kita bukan lagi saudara. Nanti kalau ayah sudah tiada, jangan menyesal,” katanya.

@ceulhily

🙂 aja Allah tau semua

♬ Mencintaimu – Mahalini

Sementara itu, rata-rata netizen yang melihat perkongsian video tersebut menitipkan kata-kata semangat buat wanita terbabit dan mendoakan agar urusannya dipermudahkan.

Sumber: TikTok, Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.