Memang spoiled mood bila bercuti kalau tempat yang kita pergi tak seperti yang dijangkakan kan?
Baru-baru ni, seorang wanita yang menginap di sebuah hotel di Jalan Besar Singapura telah meluahkan kekecewaannya selepas dia dan rakannya digigit oleh pepijat.
Menurut Mothership, seorang wanita memuat naik insiden yang menimpa dirinya di Facebook, mengatakan yang dia telah menempah hotel tersebut melalui AirBnB selama dua malam selepas membuat perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura.
Pada malam pertama, wanita ini telah terjaga dari tidur selepas tak boleh berhenti menggaru badannya. Pada keesokan harinya, wanita ini dan rakannya menemui dua pepijat dan salah satunya dah penuh dengan darah.
Tak cukup dengan itu, bintik-bintik merah juga mula naik pada badan dia dan rakannya sehingga menyebabkan wanita ini mula membuat aduan kepada pihak hotel tersebut.
Pihak hotel ini kemudiannya meminta maaf atas kejadian yang menimpa mereka dan membuat tawaran untuk tukarkan mereka ke bilik lain.
Selain itu, pekerja di hotel tersebut turut memanggil pest control untuk memeriksa dan membersihkan bilik tersebut serta menawarkan khidmat basuh baju kepada mereka.
Selepas tukar ke bilik baru, wanita ini sekali lagi mendakwa yang mereka temui lagi pepijat di atas katil serta bintik-bintik di badan juga semakin banyak.
Wanita ini turut mengatakan selepas check out, mereka terpaksa pergi ke dobi untuk membasuh semua pakaian mereka.
Kami terpaksa buat banyak benda, bazir masa dan wang. Saya tak tahu macam mana hotel ni boleh dapat sijil bersih dari kerajaan.”
Selain itu, wanita ini turut mengatakan walaupun pekerja di sana melayan aduan mereka dengan baik, mereka tak dapat balik pulangan penuh atas insiden yang menimpa mereka.
Tak ada telur pepijat ditemui, mungkin tetamu bawa sekali dengan pakaian mereka
Menjawab dakwaan yang dibuati, St Signature mengatakan yang mereka telah pun melayan aduan yang dibuat oleh tetamu mereka ini dan turut memberikan servis membasuh baju secara percuma sebanyak dua kali selepas pelanggan itu membuat aduan bajunya tak kering dengan betul.
Tak cukup dengan itu, pihak hotel ini turut memanggil pest control untuk membersihkan bilik tersebut dan mengatakan yang mereka sering memeriksa kebersihan bilik mereka.
Tambah ST Signature lagi, selepas menerima aduan, pihak pest control hanya menemui dua pepijat dewasa tanpa telur dan mengesahkan ini hanya kes terpencil kerana tak ada pepijat lain ditemui di premis.
Oleh itu, pihak hotel percaya yang tetamunya itu telah membawa pepijat ke hotel mereka mungkin melalui beg pakaian.
Selain itu, ST Signature turut memberitahu yang pelanggannya itu tidak meminta wang ganti rugi kepada mereka dan hanya membuat review di AirBnB dan Facebook.
Bagaimanapun, pihaknya telah pun memberikan semula pulangan wang sepenuhnya kepada pengadu tersebut.
Ada kemungkinan jugak dorang dapat bed bugs ni dari tempat lain macam dalam bas ke?
Baca: Gadis Derita Digigit Pepijat Ketika Menaiki Bas Ekspres Dari Hat Yai ke Kuala Lumpur