Bagi korang yang tengok rancangan Big Stage semalam, peserta Han Byul telah menarik perhatian ramai dengan menyanyikan lagu bahasa ibundanya sendiri yang bertajuk Boy with Luv daripada kumpulan BTS.
Namun dalam pada orang kecoh dan terkesima dengan persembahan Han Byul ni, timbul cerita yang pengacara Big Stage, Aliff Satar telah dikecam army BTS beramai-ramai kerana kenyataannya yang kata lagu tersebut telah dinyanyikan oleh 8 orang.
Seperti yang army BTS tahu, kumpulan BTS ni terdiri daripada 7 orang dan bukannya 8 orang.
Aliff satar kene kecam sebab dia cakap BTS ada 8 org.. come on ..aliff satar host paling best okayy..leave him aloneee..
— Amalin❄️ (@amaal_anissss) September 30, 2019
“8 orang. 7 BTS + 1 Halsey = 8. So it’s 8 technically”
Namun tuduhan dan kecaman army BTS nampaknya tak berasas langsung sebab dorang sebenarnya tak faham dengan apa yang cuba disampaikan Aliff.
Rupanya Aliff Satar cakap 8 orang sebab ahli kumpulan tersebut 7 orang dan dicampur dengan seorang lagi penyanyi iaitu Halsey. Aduh korang ni… buat malu je! Kesian Aliff kena kecam pulak.
Sumber: Instagram
“Sila bahas, Boys With Luv berapa orang nyanyi…”
Walau bagaimanapun, mujurlah Aliff Satar ni sejenis yang tak cepat melatah. Dia dalam satu posting dalam Instagramnya hanya berkata dengan nada bergurau meminta netizen bahaskan sama ada 7 atau 8 orang yang menyanyikan lagu Korea itu. Chill betul Aliff ni ye!
https://www.instagram.com/p/B3AJvVgFm5b/?utm_source=ig_embed
Apa-apapun min tetap salute Aliff sebab dia pengacara yang baik dan buat homework tau bila nak menjalankan tugasnya tu.