Airbnb tampil menghulurkan bantuan selepas bersetuju menyediakan 78 unit rumah sebagai penempatan sementara selama dua bulan kepada mangsa insiden letupan saluran gas di Putra Heights, minggu lalu.
Memetik laporan Astro Awani, tawaran itu diumumkan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, dan merupakan tambahan kepada 100 unit rumah di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) yang telah dipersetujui sebelum ini.
Bagi rumah di bawah skim SMART Sewa LPHS ini, kerajaan negeri akan menanggung sepenuhnya kos sewa agar mangsa tidak terbeban”
Sebanyak 100 rumah LPHS yang ditawarkan sebelum ini terletak di Kota Warisan, Sepang, manakala baki unit tambahan akan diumumkan kemudian.
Dalam pada itu, Amirudin turut memaklumkan kerja-kerja pengalihan aliran air dari Taman Putra Harmoni akan dimulakan esok bagi mengelakkan air terus bertakung di kawasan kawah letupan.
Beliau menjelaskan tindakan itu penting untuk menstabilkan struktur tanah sebelum siasatan penuh dan langkah pemulihan dapat dijalankan.
Insiden letupan dan kebakaran pada 26 Mac lalu mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan, meninggalkan kawah sedalam 9.8 meter dan seluas 21×24 meter.
Baca: Warga Malaysia Jadi Hero, Pikul Warga Emas Turun 40 Tingkat Ketika Gempa Bumi