in

Keadaan Tasik Bukit Merah Membimbangkan, Kering Kontang Akibat Fenomena La Nina

Empangan Bukit Merah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila last korang pergi Tasik Bukit Merah? Perasan tak paras air dah berkurangan?

Menurut laporan The Star, keadaan tasik berkenaan dalam keadaan membimbangkan dimana kawasan jeti yang ada disitu kering serta berlumpur manakala paras air di sekitar Pulau Orang Utan adalah kurang daripada 0.75 meter berbanding paras sebelum ini iaitu 2 meter.


Hal ini kerana, paras air di empangan Bukit Merah difahamkan berada dalam keadaan yang membimbangkan dan secara tak langsung memberi ‘ancaman’ kepada tanaman padi serta industri penternakan ikan arowana di kawasan tersebut.

Difahamkan situasi ini disebabkan fenomena La Nina yang melanda kawasan tersebut lalu menyebabkan sebahagian kecil empangan telah kering dan meninggalkan pemandangan lumpur, tanah kering dan tunggul kayu yang sebelum ini ditenggelami air.

284834588 2897290100564489 1601698511493150829 n

Kalau nak diikutkan, kawasan paling dalam di empangan tersebut mencatatkan penurunan dari 8.53 meter kepada 5.98 meter dari 1 Mei hingga 27 Mei lalu. Ini menyebabkan Jabatan Saliran dan Pengairan (JSP) Daerah Kerian mengumumkan mereka akan berhenti melepaskan air ke saluran pengairan di daerah tersebut.

Dalam masa yang sama, JSP Kerian memaklumkan bahawa keutamaan akan diberikan kepada dua loji rawatan air yang berada di sana. Perkara ini nyata membuatkan pengusaha padi tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut kerana sepanjang bulan lalu, kawasan berkenaan boleh dikatakan tidak dilanda hujan.

283630983 426763882786695 4748507091145265388 n

Empangan Bukit Merah telah dibina pada tahun 1906 dan merupakan salah satu empangan yang tertua di Malaysia dan pada asalnya bagi membolehkan petani padi dapat menanam dan menuai hasil padi dua kali setahun.

Menurut data, pemberhentian ini telah membantu meningkatkan paras air kepada 7.02 meter namun tidak membantu menaikkan paras air di Tasik Bukit Merah. Difahamkan, bot penumpang tidak dapat membawa pelawat ke Pulau Orang Utan yang menempatkan 15 orang utan.

Walaupun perkara ini berlaku setiap tahun, menurut pengurus Yayasan Pulau Orang Utan, Nur Hafizi mengatakan bahawa kejadian kali ini adalah yang paling teruk dimana mereka terpaksa menggunakan kayak dan bot kecil untuk menghantar makanan kepada orang utan di pulau rehabilitasi yang terletak 2.7 km dari Pusat Peranginan Bukit Merah tersebut.

Difahamkan, walaupun paras air di empangan telah meningkat, kerajaan Perak tetap akan mengadakan pembenihan awan bagi mengatasi masalah tersebut selain dalam proses memohon peruntukan untuk melencongkan sebahagian pecahan aliran Sungai Perak ke empangan tersebut.

Baca : “Tanam sayur, ternak haiwan” – MB Perak Saran Rakyat Buat ‘Aktiviti Pertanian’ Untuk Kegunaan Sendiri

Untitled design 2022 06 01T134532.128

Sumber: Perak Press
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.