in

“Ke medan perang tapi tanpa peluru” – [VIDEO] Azan Iringi Staf HRPZ Ke Sabah, Netizen Doakan Yang Terbaik

feat2 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tak terbalas rasanya jasa dan pengorban besar frontliners di negara kita dalam usaha menangani wabak Covid-19 sejak dari mula lagi. Bukan setakat penat lelah tetapi juga mereka tinggalkan suami, isteri, anak, ibu bapa, keluarga untuk berkorban demi rakyat dan negara.

Semakin meningkat kes, semakin penatlah mereka dalam perjuangan ini apatah lagi kini negara dikatakan kekurangan anggota barisan hadapan. Disebabkan itu jugalah ramai staf dari hospital di Semenanjung diterbangkan ke Sabah untuk membantu.


frontliner

Sebuah video menunjukkan beberapa jururawat di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu diiringi alunan azan mendapat perhatian dan mengundang sebak dalam kalangan netizen di media sosial.

Melalui video yang dimuat naik di Facebook itu, boleh dilihat mereka berjalan sambil diiringi rakan-rakan di hospital sebelum digerakkan ke Sabah kerana peningkatan kes di sana.

Ramai staf di hospital berdiri dan memberi sokokngan kepada jururawat itu semua yang membawa beg masing-masing berjalan keluar dari hospital. Rakan jururawat yang lain boleh dilihat melambai, bersalaman dan berpelukan sebagai tanda ‘all the best’ untuk perjuangan mereka di Sabah.

Tonton video di bawah: 

Melihat situasi itu, ramai warganet berasa sebak membayangkan mereka terpaksa meninggalkan keluarga atas urusan kerja. Ramai yang turut mendoakan perjuangan para frontliners ini dan berkata situasi mereka itu sama seperti berjuang di medan perang.

k1 1

k2

Setakat ini, Sabah mencatatkan 12,745 jumlah kes dengan 105 kematian. Dari jumlah itu, sebanyak 5,712 kes dilaporkan telah sembuh. Negeri itu juga mempunyai 13 kluster yang masih aktif dan kebanyakan bandar di Sabah kini berada di zon merah.

Baca: “Sedih gila tengok macam mana dorang sembunyikan rasa penat” – [Video] Frontliner Gelak Sakan Basah Lencun Buka PPE, Tapi Netizen Sebak

frontliner8

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.