in

“Kawal kemarahan, jangan bertengkar” – Peguam Kongsi Tips Sekiranya Kereta Dilanggar Dari Belakang

Langgar Belakang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kes kemalangan langgar belakang merupakan perkara yang sangat ditakuti oleh pemandu-pemandu. Manakan tidak, ianya biasanya berlaku disebabkan kecuaian orang lain dan lebih teruk ia akan menyusahkan pihak yang dilanggar kerana kenderaan yang dilanggar pastinya terpaksa dihantar ke bengkel untuk diperbaiki.

Menurut laman Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM), biasanya kemalangan langgar belakang ini sering berlaku apabila pemandu mengekori kenderaan hadapan terlalu rapat dan tidak memberikan jarak selamat.


Selain itu, jarak yang sesuai sangat penting bagi memastikan kenderaan berada dalam jarak selamat iaitu dalam kiraan 2 saat mengikut kelajuan semasa cuaca biasa atau 3 saat sekiranya jalan basah dan licin.

Crash Test Collision 60 Km H Distraction 163016

Menurut perkongsian tersebut juga, adalah menjadi kesalahan trafik sekiranya melanggar kenderaan di hadapan dan ianya boleh dikenakan tindakan di bawah Kaedah-kaedah Lalu Lintas 166/59 (Kaedah 10) iaitu tidak dapat mengawal kenderaan semasa memandu dengan denda maksimum sebanyak RM300.

Apa Yang Perlu Dilakukan Sekiranya Dilanggar Dari Belakang? 

Baru-baru ini, seorang pengguna telah berkongsi tips dari seorang peguam sekiranya kereta dilanggar dari belakang.

Menurut perkongsian tersebut, pemandu perlu bertenang, jangan panik dan berhentikan kereta di kawasan lapang di tepi jalan dan selamat. Ini bertujuan untuk mengelakkan kesesakan lalulintas.

Kemudian, keluar dari kenderaan dengan telefon yang mempunyai kamera untuk mengambil gambar nombor pendaftaran kenderaan serta cukai jalan kenderaan yang melanggar anda tadi.

Perlu diingatkan, jangan sesekali mengambil atau membawa keluar sebarang alatan yang berbahaya seperti stering lock, kayu atau peralatan yang diperbuat daripada besi kerana anda boleh dituduh cuba untuk melakukan serangan dan kecederaan kepada orang lain dan harta benda awam.

Sebaliknya, keluar dan sapa pemandu kenderaan yang melanggar kenderaan anda tadi sambil cuba dapatkan penjelasan daripada pemandu berkenaan. Ketika ini, anda diminta bertenang, jangan bertengkar,  bergaduh atau berbalah di tempat kejadian.

Sekiranya dia tidak mengaku bersalah, jangan lakukan paksaan atau meminta bayaran dan sekiranya dia mengaku, minta dia menanggung kos pembaikan kereta anda dan tidak perlu meminta wang daripada pelaku.

Pexels Artem Podrez 8986148

Sebaiknya, bawa dia ke bengkel yang biasa kita berurusan untuk menilai berapakah kerosakan secepat mungkin. Ini kerana lebih cepat ianya diselesaikan, lebih baik.

“Melanggar kenderaan di hadapan merupakan satu kesalahan trafik dan boleh dikenakan denda maksimum sebanyak RM300”

Selain itu, jangan lupa untuk bertukar nombor telefon atau ambil kad perniagaannya supaya mudah untuk dihubungi. Sekiranya pelaku enggan mengaku bersalah dan tidak mahu menanggung kos pembaikan kereta anda, tidak mengapa.

Menurut peguam tersebut, segala info berkenaan kenderaan telah diperolehi. Jadi mangsa perlu ke balai polis dan membuat laporan kemudian bawa laporan tersebut ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan lakukan carian kenderaan untuk mengetahui syarikat insurans kenderaan yang langgar kereta anda tadi.

Seterusnya, pergi ke bengkel panel syarikat insurans tersebut dan mintak mereka uruskan 3rd party claim untuk baiki kerosakan kereta anda.

 p/s : Perkongsian diatas dibuat oleh Andrian Cavanaugh dan telah dikongsikan semula oleh pengguna Twitter

Baca : Tragedi Menjelang Aidilfitri: Tunggu Anak Cucu Tak Kunjung Tiba, Rupanya Maut Kemalangan

Bapa Tunggu Anak Cucu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.