in

“Kau tu Nur, Muhammad, kau bukan Kim, Park” – Imran Bard Sound Cerita Adaptasi K-Drama Raih Sokongan Netizen

ft imran bard sound drama

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Peka dengan isu semasa yang terjadi di media sosial, pempengaruh Imran Bard tampil memberikan pendapatnya mengenai drama-drama tempatan yang dikatakan terikut-ikut drama Korea.

Kenyataan yang diberikan menerusi IG Story miliknya itu dikongsikan semula oleh netizen lain di TikTok.


Artikel Berkaitan : “Tak perlu kot scene tu” – Warganet Kritik Babak Cium Berlapik Antara Hun Haqeem & Daiyan Trisha Dalam Drama Adaptasi Korea

Artikel Berkaitan : “Berbudi bahasa betul” – Pelajar Dipuji Salam Cium Tangan Abang Polis Lepas Kena Saman

Imran Bard menegaskan bahawa di Malaysia sendiri sudah ada penulis yang bagus dan hebat, jadi, dia persoalkan kredibiliti pihak-pihak tertentu yang terlalu gemar adaptasi drama Korea ini sebagai modal untuk menarik perhatian penonton kita.

Malah, Imran Bard juga pelik kenapa kita perlu terbawa-bawa budaya luar dalam lakonan di Malaysia sampaikan babak yang tiada sensitiviti dalam budaya negara kita ini sanggup dibuat.

“Orang cium, kau nak cium, orang tu main, kau nak main, kau kena ingat kau tu Nur, kau tu Muhammad, kau bukan Kim, kau bukan Park”

https://www.tiktok.com/@busrahamani/video/7308757548117658881?_r=1&_t=8hv8eunPbsN

Dalam masa kurang daripada 20 jam video ini telah dimuat naik, ia telah meraih lebih daripada 700K jumlah tontonan. Rata-rata netizen menyokong kenyataan Imran Bard dan ada juga netizen yang terhibur dengan kata-katanya, tetapi masih ada isi.

Screenshot 2023 12 05 141321 Screenshot 2023 12 05 141341 Screenshot 2023 12 05 141408 Screenshot 2023 12 05 141428

Hujugng minggu lalu, sebuah drama yang diadaptasi daripada drama Korea lakonan Daiyan Trisha dan Hun Haqeem telah mendapat perhatian rakyat Malaysia susulan babak cium ‘berlapik’ antara kedua-dua pelakon itu.

Ia sekaligus telah dikecam hebat oleh netizen Malaysia kerana dianggap tidak sesuai dengan budaya negara kita.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.