Sebagai orang biasa, bila kita jumpa dengan selebriti yang kita minat, mestilah excited kan? Yelah, bukan senang nak jumpa dorang ni, lagi-lagi kalau artis tu bertaraf dunia.
So, tak peliklah bila peminat ternampak artis yang dorang suka, mesti dorang terus nak abadikan momen tu kan? Samalah macam lelaki ni…
Baru-baru ni, tular satu video di Twitter menunjukkan pelakon Bollywood terkenal, Salman Khan sedang berjalan keluar dari lapangan terbang Goa, India sebelum seorang lelaki cuba untuk mengambil selfie dengan pelakon pujaannya ini.
Tanpa diduga, Salman tiba-tiba telah merampas telefon lelaki tersebut sambil berjalan keluar dari airport dalam keadaan marah sampaikan peminat yang tunggu di luar beri salam pun dia tak layan.
https://twitter.com/itsFilmyKida/status/1222087800939433984?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1222087800939433984&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.hindustantimes.com%2Fbollywood%2Fsalman-khan-snatches-phone-of-a-fan-taking-selfie-with-him-video-goes-viral%2Fstory-wTveIdGcguS5JIXTfRClvM.html
Hindustan Times melaporkan, peminat tersebut kemudiannya dikenal pasti sebagai salah seorang staf yang bekerja di lapangan terbang itu. Bila pihak pengurusan dihubungi, mereka mengesahkan kejadian ini namun mengatakan yang staf mereka tak ada membuat apa-apa laporan rasmi mengenai kejadian tersebut.
Kerana video ini tular di media sosial, ramai netizen yang mengecam tindakan pelakon ini dan merasakan yang tindakan Salman ini melampau.
“Dia nak ambik selfie je, dia tak sentuh kau pun. Perlu ke nak tunjuk sombong. Sebelum nak orang respect kau sebagai manusia, kau pun kena respect orang. Kalau tak suka, cakaplah elok-elok.”
“So ini ke cara kau layan orang yang minat dengan kau? Apa salahnya dia nak tunjuk rasa minat dia? Kau mungkin mampun nak beli telefon mahal, tapi orang biasa macam dia nak kena fikir banyak kali sebelum beli telefon.”
“Kurang ajarnya”
Sebagai selebriti, memang susah untuk dapat privacy sebab mana-mana pergi pun ada orang kenal dan nak layan peminat ni memang memenatkan. Tapi, sebelum jadi artis pun dah tahu itu harga yang perlu dibayar untuk jadi terkenal kan?
Apalah salahnya kalau cakap elok-elok?
Baca: “Senangnyaa” – 5 Artis Bollywood Ni Pernah Curang Tapi Wife Dorang ‘Sanggup’ Terima Dorang Balik