Istilah “customers always right” selalu digunakan sebagai lesen untuk lepas dari kesalahan dan kadang-kadang ada yang terlalu kurang ajar lebih-lebih lagi bila deal dengan pekerja yang bukan dari Malaysia.
Antaranya adalah seperti yang dikongsikan oleh Ustaz Abdullah Bukhari Abdul Rahim di Facebook peribadinya bila dia sendiri melihat seorang pelanggan bersifat kurang ajar kepada pekerja asing di tempat cuci kereta.
“Kamu ni bangla, jangan kurang ajar”
Menurut ustaz Abdullah, pada Ahad lalu, dia dan dua anaknya pergi basuh kereta di kedai milik bekas muridnya di Selayang Segar. Ketika keretanya hampir siap dia dengan seorang pelanggan lelaki dalam usia lingkungan 30-an bising-bising kerana tak mahu bayar harga yang diminta.
Kamu ni Bangla! Jangan kurang ajar! Lain aku suruh, lain kau buat! Aku suruh basuh luar sahaja, kenapa kamu cuci dalam sekali? Aku hantar kau balik Bangla baru tahu!”
Namun, bila pekerja tersebut cuba untuk membela diri dan menjelaskan polisi kedainya itu, lelaki ini enggan beralah dan mengugut untuk memukul pekerja malang itu.
“Kau nampak kaki aku ni? Nak makan kaki? Aku tak peduli! Aku tak mahu bayar! Kau kurang ajar! Panggil siapa boss kau? Oh kau besar kepala ye mentang2 ada orang jaga kau! Aku tak mahu bayar! Panggil boss kau sekarang!”
Tambah ustaz ini lagi, bekas muridnya itu sering ceritakan bagaimana pekerjanya selalu dibuli oleh sesetengah pelanggan hingga sampai dia dituduh mencuri duit ratusan ringgit yang diletakkan dalam kereta da diugut dengan senjata supaya bayar ganti rugi.
Mahu pekerja bangla sujud dan minta maaf
Kerana tak mahu kejadian yang sama berulang semula, ustaz Abdullah mencadangkan agar bekas muridnya itu sediakan borang khas untuk semua pelanggan.
Namun, pagi ini ustaz Abdullah telah mendapat panggilan dari anak muridnya mengatakan yang pelanggan kurang ajar tersebut enggan membayar RM7 dan enggan beredar sehingga tuntutannya dilaksanakan.
DIA MAHU PEKERJA BANGLA YANG DIDAKWA BIADAP ITU SUJUD DAN MEMINTA MAAF!!”
Ekoran tindakan angkuh lelaki tersebut, pemilik kedai cuci kereta itu terpaksa memanggil polis untuk menghalau pelanggan tersebut.
Bangla ke Myanmar ke Pakistan ke semua manusia, ada hati ada perasaan.