Sebagai seorang lelaki, telah menjadi tanggungjawab sosial untuk melindungi wanita dalam apa jua cara sekalipun. Kudrat seorang lelaki lebih kuat dari kudrat seorang wanita. Bercakap soal kudrat ni, sepatutnya kudrat dan tenaga tu jangan sesekali disalahgunakan untuk memukul orang lebih lebih lagi wanita.
Menerusi twitter @minaazaini, rakaman video berdurasi 1 minit 19 saat yang dirakam oleh rakannya menunjukkan seorang lelaki membelasah seorang wanita di tepi jalan luar kompaun kawasan perumahanya.
My friend was casually record couple tgh gaduh kt bawah rumah dia, tiba tiba benda ni jadi, unexpected and sad, idk apa yg perempuan tu buat but is this really the only way?
Please share video ni, check your kakak adik or kawan perempuan yg badly injured mlm ni, this is abuse pic.twitter.com/YdXPIhPxLN
— minazaini ✨ (@minaazaini) March 22, 2019
Tak tahu cerita sebenar
Tiada siapa yang tahu cerita sebenar yang berlaku. Hanya mangsa dah si pemukul dayus sahaja apa kes sampai kena belasah macam tu.
Ya, jantan tak guna tu langgar perempuan tu dengan moto dia. Yang tak boleh blah tu siap ambil lajak lagi. Memang betul melampau!
Netizen Panas Hati
Tergamak nak pukul perempuan. Selalunya yang jenis macam ni memang tak reti hormat orang lain, lagi-lagi mak sendiri
Betul, marah macam mana pun kita, guna tangan dan kaki atau motorsikal sekali pun bukan lah jalan penyelesaiannya. Tenang, tarik nafas dan kena berfikir secara rasional. Kalau tak pun, blah je dari situ, settle kemudian.
Kejam, memang kejam. Orang yang ada fikiran normal tak gamak nk buat macam tu.
Biadap, itu lah yang kami boleh kata. belasah perempuan memang satu perkara yang tak patut dibuat. Baik ditempat yang terbuka atau dalam rumah sekalipun. Marilah sama-sama kita doa supaya orang terdekat dengan kita tak kena perkara yang sama macam perempuan yang dibelasah tu.
Baca: Berlagak Gangster! Pukul Wanita Sampai Berdarah