Melalui Instagram, isteri penyanyi rap popular Aman Ra telah memuat naik story mendakwa dirinya dicurangi. Berdasarkan beberapa posting itu, rumah tangga mereka dipercayai bermasalah selepas Aman Ra kantoi menjalinkan hubungan dengan seorang wanita.
Malah, difahamkan wanita itu telah menghalau Aman Ra keluar dari rumah akibat tidak tahan dengan perlakuan dan penipuan suaminya selain mendakwa telah melihat video tidak elok antara mereka berdua.
Sembang kau, aku halau keluar dari rumah. Sebab aku tengok video kau memb***tot betina sund** kau.”
Dalam kereta luggage siap lengkap pakaian seluar dalam kau, berus gigi apa semua. Tak bawak masuk rumah sebab sebelum tu kau tinggalkan anak bini kau berminggu masa PKP nak jaga b*bi kau kat T** Fe***l.”
Dah lafaz cerai 4 kali?
Isterinya turut mendakwa Aman tergamak tinggalkan keluarganya yang sedang sakit demi menjaga teman wanitanya itu. Bukan itu saja, dia turut mendakwa Aman Ra pernah melafazkan cerai sebanyak 4 kali sebelum ini.
Nak cakap aku jangan jadi isteri kurang ajar. Kau dah lafaz cerai 4 kali, semua sebab sund** kau.”
Kau pilih untuk pergi jaga dia. Tinggalkan anak-anak kau yang kecil ni dengan bini kau kat rumah tengah sakit-sakit.”
Aman Ra diam seribu bahasa
Menurut Harian Metro, Aman Ra memohon untuk diberikan sedikit ruang selepas dihubungi wartawan berkenaan dakwaan hubungan sulit terbabit. Joe Saiful, pegawai perhubungan Aman Ra berkata penyanyi itu belum dapat memberikan apa-apa komen buat masa sekarang.
Buat masa ini Aman Ra belum boleh memberikan sebarang komen berhubung isu yang sedang tular. Namun dia akan berkongsi kenyataan rasmi secepat mungkin. Dia juga memohon sedikit ruang kerana masalah yang berlaku ini adalah sesuatu yang besar serta membabitkan isu peribadi.”
Identiti wanita yang didakwa menjalinkan hubungan sulit dengan Aman ra itu bagaimanapun tidak didedahkan oleh isterinya. Dia juga tidak mendedahkan status terkini rumah tangga mereka dan wartawan masih belum berjaya mendapat respon daripada wanita terbabit.