Nampaknya isu melibatkan Caprice dan pendakwah terkenal Ebit Lew masih hangat diperkatakan di media sosial.
Malah Caprice sendiri masih mendedahkan beberapa perkara tentang Ebit Lew dan pasukannya serta menunjukkan bukti mengatakan yang dia telah difitnah.
Ekoran ini, ramai yang kurang senang dengan perbuatan penyanyi rap itu, malah ada yang terlalu marah sehingga mengambil keputusan untuk mengugutnya melalui DM di Instagram.
“Parang dah lama asah”
Dalam hantaran yang dikongsikan oleh Caprice di Instagram peribadinya, dia telah memuat naik tangkap layar seorang netizen yang mengugut untuk membunuhnya sejurus pulang ke Malaysia.
Sikit hari lagi mampus kau ni. Kau bila nak balik Malaysia. Parang dah lama asah. Lama tak makan darah Yahudi ini.
“Aku tahu kau balik sahaja sini nahas kau… NAHAS!”
https://www.instagram.com/p/CR31F12iyq-/
“Kita tak goyang langsung”
Walaupun menerima ugutan sebegini, Caprice mengatakan yang dia tak takut dan akan tunggu lelaki tersebut datang di depan gate (lapangan terbang). Bukan itu sahaja, Caprice juga turut meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasat lelaki tersebut.
Selain itu, lelaki ini juga didakwa bekerja sebagai chef untuk Malaysia Airlines.
Kita tak goyang langsung. Nanti kita sampai KL Caprice tunggu hang depan gate. Caprice mohon Malaysia Airlines check chef ni make sure pisau tu tajam sikit, jangan guna pisau plastik.”
Selain itu, Caprice turut mengatakan yang dia telah menerima banyak ugutan bunuh namun dia tetap akan teruskan misinya walaupun nyawanya dalam taruhan.
Harapnya kes ini akan dapat diselesaikan dengan baik dan tak adalah sampai berlaku pertumpahan darah…