in

“Kata nature lover” – Pelajar UPM Kongsi Keadaan ‘Blue Lagoon’ Dipenuhi Sampah

Untitled Design 8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebersihan alam sekitar sudah menjadi tanggungjawab buat semua manusia di muka bumi ini, malah ada juga penguatkuasaan yang diadakan bagi menjaga kelestarian alam.

Sebuah kawasan hutan simpan yang dimiliki sepenuhnya oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi tujuan kajian telah diceroboh oleh pihak tidak bertanggungjawab meskipun sudah ada amaran larangan masuk ke kawasan tersebut.


Artikel berkaitan: “Punya besar signboard no entry” –  Pelajar Dedah Ramai Ceroboh Masuk Blue Lagoon Milik UPM

Artikel berkaitan: “Bapa aku buat sungai ni” –  Lelaki Mengamuk, Dakwa Pemancing Ceroboh Sungai Miliknya

Apa yang membuatkan ramai marah dengan tindakan pihak itu, mereka seakan tidak malu untuk memuat naik video-video berekreasi di situ.

Terbaru, pelajar UPM yang ingin melakukan Projek Akhir Ilmiah (FYP) mereka berasa kesal dengan longgokan sampah yang ditinggalkan di kawasan tersebut.

“Dukacita dimaklumkan baru-baru ni ada rakan-rakan dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM Serdang yang tengah menjalankan projek akhir ilmiah (Final Year Project) berkongsi video dengan saya mengenai penceroboh dan ada yang meninggalkan sisa sampah di kawasan Kolam Puteri,” tulis ciapan itu.

Perkara itu dikongsikan oleh pelajar dari Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, UPM dan ia sudah pastinya menimbulkan kemarahan netizen.

Harap takde lagi perkara sebegini berlaku… 

Sumber: X

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.