Olimpik Paris 2024 kali ini ternyata menyimpan 1001 kisah pahit manis atlet dalam menggapai pingat demi negara masing-masing.
Antara kisah yang menyedihkan dan mendapat perhatian ramai apabila atlet badminton perseorangan wanita dari Sepanyol, Carolina Marin terpaksa menarik diri daripada meneruskan permainan apabila mengalami kecederaan di lutut kanannya.
Situasi ini telah membuatkan lawannya dari China, He Bing Jiao mara ke final dan Gregoria Mariska Tunjung dari Indonesia memenangi pingat gangsa kerana Carolina menarik diri dari perlawanan.
Artikel berkaitan: “Satu Malaysia tengok” – Orang Ramai Kongsi Pengalaman Tonton Semi Final Olimpik Badminton Semalam
Artikel berkaitan: “Apa salah saya” – Lee Zii Jia Menangis Semasa Ditemubual Wartawan, Luah Suka Duka Sebelum Genggam Pingat
Gregoria dikatakan dapat pingat ‘giveaway’?
Meskipun meraih pingat gangsa buat negaranya, kemenangan Gregoria telah menerima sindiran daripada sebuah stesen televisyen Indonesia, Metro TV yang mengatakan bahawa pingat tersebut merupakan pingat ‘giveaway’.
Hal tersebut dinyatakan dalam satu laporan berita yang mana menyenaraikan juga dua atlet Indonesia lain yang mengharumkan negara iaitu Veddriq Leonardo yang menerima pingat emas bagi acara speed climbing dan Rizky Juniansyah bagi acara angkat berat 73kg.
Tayangan berita berkenaan telah mengundang kecaman netizen yang beranggapan stesen TV tersebut tidak sensitif dan tidak menghargai usaha atlet yang berjuang untuk negara.
Angle pemberitaan niretika dan kurang ajar!
Orang2 ini pikir, Gregoria itu santai2, rebahan, atau ngandalin ordal lalu tiba2 bisa tembus semifinal Olimpiade? pic.twitter.com/rT2DtQqwSQ
— A. Ainur Rohman (@ainurohman) August 11, 2024
Susulan itu, pihak Metro TV telah menyatakan permohonan maaf di atas laporan berita tersebut.
Sudah ada permintaan maaf dari @Metro_TV terkait “giveaway” medali perunggu Olimpiade Paris 2024 yg diraih Gregoria Mariska Tunjung di acara Prime Time News Metro TV… pic.twitter.com/fF9SP6s56E
— YUNI KARTIKA (@YuniKartika73) August 11, 2024
Kami menyampaikan permintaan maaf yang sebesar-besarnya kepada atlet peraih Medali Perunggu Gregoria Mariska Tunjung dan klarifikasi atas tayangan terkait perolehan medali Kontingen Indonesia di Olimpiade Paris 2024 yang keliru dan tidak tepat,” kata Metro TV dalam satu kenyataan di laman sosial.
Patutnya kita berbangga dengan usaha yang dicurahkan para atlet dalam memenangi pingat. Bukannya memperlekeh usaha mereka dengan cara begini. Semoga Gregoria terus sukses!
Sumber: Tribunnews