in

Karnival Jualan Aidilfitri Kena ‘Cancel’ Saat Akhir, Boy Iman Didakwa Dalang Scam Peniaga

Ft Boy Iman Scam Vendor 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam tular beberapa video satu kekecohan yang berlaku di WTC KL semalam, rupa-rupanya ia adalah kemarahan daripada para peniaga terhadap penganjur satu karnival jualan Aidilfitri.

Difahamkan karnival jualan Aidilfitri yang dinamakan Hooray x Fest Raya itu perlu dibatalkan pada saat akhir, difahamkan ia sepatutnya berlangsung sejak semalam (19 hingga 21 April 2023).  Lebih teruk lagi pihak WTCKL berkata mereka tidak bertanggungjawab atas sebarang bentuk kerugian.


 

Boy Iman jadi dalang?

Screenshot 2023 04 20 122255

Disebabkan itu, ramai peniaga mengalami kerugian besar di saat-saat akhir puasa ini, dikatakan ada juga artis yang terlibat untuk menjadi salah satu vendor disitu.   Antaranya, Lann A To Z, Wan Scoin, Jaafar Onn, Ayle Floor 88, Amer Forteen, Elyana, Aidil Aziz, Izzue Islam, Rina Eva, Anne Abdullah, Farah Wahida, Cat Farish, Ayu Damit, Soffi Jikan, Rahmat Mega dan Shaya Aziz.

Lebih menggemparkan lagi, ada yang mendakwa Boy Iman yang menjadi dalang dalam kes scam ini.. Berdasarkan video itu dilihat Yusuf Azmi juga ada ‘turun padang’ .

Difahamkan, insiden dalam video tersebut,  peniaga mahu menuntut hak mereka kepada penganjur kerana sudah mengalami kerugian besar.

Menurut sumber, peniaga sendiri pada awalnya tidak mengetahui bahawa Boy Iman terlibat sama dalam penganjuran karnival itu selain pihak penganjur menawarkan harga jauh lebih murah.

Difahamkan nama pelakon Didie Alias juga dipetik oleh Boy Iman, menerusi video di TikTok, Didie menjelaskan bahawa kira-kira dalam 200 peniaga yang menjadi mangsa scam itu.

https://www.tiktok.com/@_dsa3/video/7223671516821490946?_r=1&_t=8bdqQjMPc81

Disebabkan insiden itu, sumber melaporkan bahawa pihak penganjur akhirnya bersetuju untuk mencagarkan 7 kenderaan milik mereka selain meminta tempoh selama 7 hari bagi menyelesaikan semuanya.

Sekiranya sepanjang tempoh tersebut mereka gagal, maka pihak terlibat mempunyai hak untuk melakukan apa-apa sahaja terhadap kereta yang dicagarkan sewaktu berbincang dengan ramai orang.

Baca : “Saya tidak terima sebarang surat rasmi” – Boy Iman Terkejut Gelaran Datuk Dibatalkan, Mahu Jawapan SUK

Boy Imannn

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.