in

Karen Versi Lelaki Maki ‘F**k Off’ Dekat Pak Guard Kerana Enggan Pakai Pelitup Muka

cats 15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, kecoh apabila seorang wanita berkulit putih enggan memakai pelitup muka meskipun sudah ditetapkan dalam prosedur operasi standard (SOP) oleh kerajaan Malaysia.

Hasil daripada insiden ini, rata-rata rakyat Malaysia menggelarkan wanita ini sebagai Karen kerana berpewatakan sebegitu dan mementingkan diri sendiri.


Muncul Karen versi lelaki pula

Baru-baru ini, tular sebuah video yang berlegar di media sosial berkenaan Karen versi lelaki bergaduh dengan pihak berkuasa di Village Grocer, Ampang.

Difahamkan, lelaki tersebut enggan memakai pelitup muka ketika membeli-belah di situ, sehingga ditegur oleh orang sekeliling.

Namun, lain pula yang terjadi apabila dia mula memarahi orang yang menegur kerana masih berpendirian tidak mahu memakai pelitup muka.

1 1 2

Siap tunjuk jari tengah

Lebih mengecewakan, Karen versi lelaki ini mula bertindak kasar dengan pengawal keselamatan yang meminta dia untuk memakai pelitup muka.

Tidak cukup dengan cacian, Karen versi lelaki ini turut memberikan jari tengah kepada pengawal keselamatan di pasar raya itu kerana tidak berpuas hati selepas ditegur agar memakai pelitup muka.

2 2

Warganet minta visa ditarik

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet kecewa dengan sikap pelancong luar negara yang berfikir mereka boleh sewenang-wenangnya melakukan apa sahaja di Malaysia.

Ada juga yang berpendapat kerajaan perlu tegas dengan individu seperti Karen versi lelaki itu dengan mengenakan denda dan membatalkan visa.

Apa pendapat anda tentang isu ini?

Kredit: nandopaws

BACA: “Tak serik2!” – Ramai Bengang ‘Karen’ Tak Makan Saman, Makin Kerap Keluar Tanpa ‘Mask’

Capture 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.