in

Kara Robinson: Kes Remaja Berjaya Lari Lepas Diculik Pembunuh Bersiri & Tolong Polis Bongkar 3 Pembunuhan Lain!

Collage 3

Pada Jun 2002 seperti remaja lain, seorang gadis berusia 15 tahun, Kara Robinson sedang menikmati cuti musim panas bersama rakan-rakannya tanpa mengetahui yang kehidupannya akan berubah dalam sekelip mata.

Walaupun menghadapi situasi yang menakutkan, tindakan pantas Kara akhirnya telah menyelamatkan nyawanya sekaligus menumpaskan penjenayah berbahaya. Ini adalah ceritanya…

Diculik oleh pembunuh bersiri Richard Evonitz

Woman Survived Kidnapped Serial Killer 686828743.Jpg

Ketika musim panas 2002, Kara Robinson yang berasal dari Richland County, South Carolina telah menghabiskan cutinya dengan kawan-kawan dan teman lelakinya. Kemudian, pada 24 Jun mereka telah merancang untuk berkelah di tasik berhampiran.

Pada awalnya, Kara telah pergi ke rumah rakannya Heather di West Columbia di mana dia telah menawarkan diri untuk membantu membuat kerja rumah rakannya itu supaya mereka dapat bergerak ke tasik lebih awal.

Kara sedang menyiram pokok di laman depan rumah sementara Heather mandi sebelum sebuah kereta Pontiac Trans Am berwarna hijau gelap melintasi rumah tersebut sebelum berpatah balik dan masuk ke dalam laluan kereta di rumah Heather.

Pada awalnya, Kara menyangkakan bahawa pemandu tersebut telah datang ke sana untuk melawat ibu Heather. Seorang lelaki memakai topi baseball, baju yang dibutang sehingga ke atas dan seluar jeans telah keluar dari kereta sambil memegang sebuah fail yang penuh dengan majalah dan bertanya siapa owner rumah tersebut.

Kara kemudiannya memberitahu lelaki ini bahawa rumah tersebut merupakan rumah kawannya dan memberitahu bahawa ibu kawannya itu tak ada di rumah. Lelaki ini kemudiannya menawarkan untuk meninggalkan majalah tersebut dengan Kara sebelum menghampiri remaja ini dan menariknya. Kara mengatakan yang dia rasa besi sejuk di lehernya sebelum menyedari bahawa ia merupakan sepucuk pistol.

Lelaki itu telah meminta Kara untuk mengikutnya ke kereta dan memaksa Kara untuk masuk ke dalam bekas plastik yang diletakkan di kerusi belakang. Kara telah mengikut arahan tersebut dan kereta ini kemudiannya keluar dari kawasan rumah tersebut.

Sejurus selepas itu, Kara terus merancang dan memberitahu dirinya untuk kekal tenang, kumpulkan maklumat dan larikan diri.

Pada ketika ini, Kara tak sedar yang dia telah diculik oleh pembunuh bersiri, Richard Evonitz yang telah membunuh sekurang-kurangnya tiga gadis lain.

Artikel berkaitan: Kes Penculikan Traumatik Denise Huskins Disebalik Dokumentari Terbaru Netflix, ‘American Nightmare’

Artikel berkaitan: Keluarga Terlibat Kes Pembunuhan, Ini Sebab Kenapa Ada Orang Indo Tak Suka Dian Sastro…

Macam mana Kara larikan diri?

6C3762A2 1747 4671 9224

Selepas Richard Evonitz memaksa Kara masuk ke dalam keretanya, dia mula memandu menuju ke apartmentnya. Di kerusi belakang, Kara sedang menghafal nombor siri yang ada di dalam bekas tempat dia diletakkan dan jenis rokok yang dihisap oleh penculiknya serta muzik yang didengari lelaki itu. Gadis ini berharap, maklumat sekecil ini akan membantu dia nanti.

Setibanya di tempat tinggal Richard, lelaki ini telah menutup mulut Kara dan mengikatnya sebelum dia diangkat masuk ke dalam. Selama lebih 18 jam di sana, lelaki ini telah memberikan dadah serta melakukan serangan seksual ke atas remaja ini.

Saya buat keputusan yang saya tak mahu hanya menjadi gadis yang dirogol dan saya tak benarkan lelaki ini untuk tetapkan takdir saya. Saya kekal tenang dan terus kumpul maklumat tentang penculik itu.”

Kara telah menghafal magnet yang diletakkan di peti sejuk dan turut membaca surat-suratnya ketika dia tidak didera secara seksual. Gadis ini juga turut tanya soalan dan menawarkan diri untuk membantu membersihkan rumah lelaki ini. Ketika mereka berinteraksi, Kara mendapat tahu bahawa Richard pernah berkhidmat sebagai Tentera Laut A.S..

Richard kemudiannya telah memberikan dadah yang lebih kepada Kara dan mengikat remaja ini dengan gari dan tali di katilnya sehingga gadis ini tertidur di sebelahnya.

Pada awal pagi 25 Jun, Kara terbangun dari tidur dan mendapati Richard sedang tidur. Dengan menggunakan giginya, Kara telah berjaya melepaskan ikatannya dan senyap-senyap keluar dari bilik dan pintu depan rumah penculiknya.

Kara kemudiannya telah memberhentikan sebuah kereta di kawasan letak kereta komplek tersebut dan meminta lelaki di dalam kereta tersebut untuk membawanya ke balai polis.

Nama saya Kara Robinson. Saya telah diculik dan baru sahaja larikan diri dari apartment itu.”

Keberanian Kara akhirnya membebaskan dia dari cengkaman seorang pembunuh.

Kara Robinson bantu tumpaskan pembunuh bersiri

Kara Robinson

Setibanya di balai polis, Kara telah menceritakan pengalaman ngerinya kepada pihak polis dan dia telah memberikan maklumat yang cukup untuk pihak polis menyiapkan beberapa gambar termasuk gambar Richard Evonitz.

Ketika mendapatkan rawatan di hospital, Kara telah mengenalpasti Richard sebagai lelaki yang menyerangnya.

Pegawai polis kemudiannya bergegas ke apartment milik Richard untuk membuat tangkapan namun malangnya lelaki ini telah melarikan diri. Mereka kemudiannya berjaya mengesan Richard di Florida dan mengejarnya menggunakan kereta sebelum lelaki ini menembak dirinya sendiri selepas merosakkan keretanya.

Kematian Richard ini membuatkan Kara marah ekoran dia mahu melihat lelaki ini di dalam mahkamah dan mengetahui bahawa gadis ini merupakan punca kenapa dia telah ditangkap.

Pun begitu, disebabkan tindakan berani Kara melepaskan diri, pihak polis berjaya menghubungkan Richard dengan kematian tiga gadis di Virginia iaitu Sofia Silva dan adik beradik, Kristin dan Kati Lisk.

Kara Robinson jadi penasihat untuk mangsa

Kara 47 Copy.jpg

Selepas menyelamatkan diri, Kara telah pulang ke pangkuan keluarga dan cuba untuk melupakan kejadian yang berlaku ke atas dirinya. Tapi trauma yang dialaminya ini telah memberi kesan terhadap dia dan ibu bapanya.

Kara seorang yang sangat manja. Tapi anak yang saya dapat balik dah tak sama macam sebelum ini. Dah tak ada pelukan dan ciuman dari dia. Itu mungkin merupakan cara dia mengatasi traumanya tapi ia sangat mengecewakan.”

Walaupun Kara jarang bercakap mengenai tragedi yang menimpa dirinya, gadis ini telah membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya dalam bidang undang-undang dan penasihat mangsa. Di kolej, Kara mula bekerja di makmah DNA dan kemudiannya menyertai akademi polis.

Sebagai seorang pegawai polis, Kara sering bekerja dengan mangsa-mangsa kes penderaan seksual dan kanak-kanak. Kara kini telah pun berkahwin dan mempunyai anak-anaknya sendiri. Dia kini merupakan seorang penceramah motivasi dan hos podcast bertajuk Survivor’s Guide to True Crime yang menceritakan tentang kisah mangsa yang terselamat dari jenayah kejam.

Sumber: ati