in

Kapal Conscience Tiba Di Ashdod, Ada Sukarelawan Dilapor Alami Kecederaan

kapal conscience tiba di ashdod

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kapal Conscience yang membawa 92 orang doktor perubatan, wartawan dan aktivis kemanusiaan termasuk lapan orang rakyat Malaysia dilaporkan tiba di Pelabuhan Ashdod, Israel.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Kamarul Zaman Shahrul Anwar, yang memaklumkan kapal utama itu misi Freedom Flotilla Coaliation (FFC) X Thousand Madleens to Gaza (TMTG) tiba sekitar tengah malam waktu tempatan selepas diambil alih oleh tentera Israel.


Manakala kapal-kapal lain yang lebih kecil berada beberapa jam di belakang Conscience dan dijangka tiba tidak lama selepas itu.

“Kami maklum sejak pukul 12 tengah malam waktu Malaysia, kapal Conscience sudah sampai ke pelabuhan Ashdod. Kapal ini besar dan selepas dipintas, biasanya tentera Israel akan kendalikan sendiri.

“Jadi mereka percepatkan perjalanan sehingga sampai ke sana,” katanya.

Artikel berkaitan: Anak Bimbang Dapat Tahu Kapal Conscience Dipintas, Yakin Ibu Bapa Dalam Keadaan Selamat

Artikel berkaitan: Konflik 2 Tahun Bakal Tamat, Trump Umum Israel & H*mas Sepakat Fasa Pertama Pelan Damai G*za

XztUxV3J Add a subheading

Ada sukarelawan yang cedera

Menurut Kamarul, lapan rakyat Malaysia yang berada di atas kapal tersebut dalam keadaan selamat, namun terdapat laporan bahawa beberapa sukarelawan mengalami kecederaan akibat kekasaran ketika insiden rampasan berlaku.

Difahamkan, para peguam sudah pun berada di pelabuhan dan bersedia mengambil tindakan.

“Mereka belum dapat bertemu secara langsung dengan peserta, tetapi telah dimaklumkan ada peserta yang cedera akibat kekasaran yang berlaku,” katanya.

Katanya lagi, proses rundingan untuk membawa pulang sukarelawan dijangka sukar kerana perlu melalui beberapa saluran dan protokol undang-undang antarabangsa sebelum mereka boleh dibebaskan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.