in

Kantoi Sorok Dana Covid-19 Dalam ‘Spender’, Senator Brazil Didesak Letak Jawatan

Feat Rasuah Final

‘Harapkan pegar, pegar makan padi’. Itulah ungkapan Melayu yang sesuai untuk menggambarkan situasi yang berlaku ini.

Seorang senator di Brazil telah didesak untuk meletak jawatan gara-gara kantoi menyembunyikan wang tunai dalam ‘spender’.

Rasuah 1

Bukan itu sahaja, malahan wang tunai yang kantoi disorokkannya itu merupakan dana bantuan untuk memerangi Covid-19 bernilai jutaan ringgit!

Lapor Awani, serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa pada Khamis di kediaman senator berkenaan yang dikenali sebagai Chico Rodrigues setelah menerima dakwaan penyalahgunaan 20 juta reais (kira-kira RM14.5 juta) dana awam untuk memerangi pandemik Covid-19 di sana.

Fuh, bukan sikit-sikit dia sorok tu. 

 

Selit wang dalam ‘spender’

Kementerian Komunikasi dalam kenyataannya menyatakan bahawa 30,000 reais (kira-kira RM20,700) telah ditemukan di dalam rumah anggota kongres itu.

Sejumlah lagi wang telah ditemui diselitkan pada seluar dalamnya.

Menurutnya lagi, situasi ini amat memalukan kerana terdapat juga beberapa keping wang yang dirampas itu telah dicemari najis.

Untuk menggambarkan betapa dahsyatnnya situasi itu, ada beberapa keping wang yang dirampas telah dicemari najis. 

 

Nafi tidak bersalah

Walau bagaimanapun, Rodrigues dilihat membela dirinya dengan menafikan bahawa dia tidak bersalah dan tidak terlibat dengan rasuah.

Rumah saya diceroboh kerana saya telah menjalankan tugas sebagai penggubal undang-undang, mendapatkan sumber bagi negeri untuk memerangi COVID-19.

Dia juga turut percaya keadilan akan menyebelahinya dan akan membuktikan bahawa dia tidak mempunyai kaitan dengan tindakan haram.

Selain itu, Presiden Jair Bolsonaro mendakwa serbuan itu adalah bukti bahawa beliau berjaya dalam usahanya untuk memerangi rasuah tanpa memilih bulu.

Seluar dalam juga jadi ‘peti besi’nya. 

Baca: Selebriti Sanggup Jadi Kambing Hitam Sebab Nak Cepat Kaya? Atau? Ini Pandangan Timb.Presiden Pemerhati Rasuah M’sia Baca Rasuah

Sumber: DW