in

Kantoi! Pemandu Singapura Isi RON95 Jam 3 Pagi Di Johor

ft singapore isi 95

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Tidak sampai 3 hari program BUDI95, tular satu rakaman seorang pemandu kenderaan dari Singapura mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak yang terletak di Plentong, Johor.

Rakaman tersebut memaparkan seorang lelaki sedang mengisi petrol RON95 ke dalam kenderaan dengan bernombor pendaftaran dari negara jiran yang dipercayai berlaku kira-kira jam 3.55 pagi pada hari Rabu.


Artikel berkaitan : Rakyat Malaysia Boleh Semak Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Mulai Hari Ini

Artikel berkaitan : Subsidi Petrol RON95 Tidak Terhad MyKad Sahaja, Pelbagai Mekanisme Disediakan – Armizan

Dalam video tersebut dilihat perakam ada menggesa individu tersebut untuk mengisi RON97 seperi mana yang telah dikuatkuasakan kepada kenderaan asing di negara ini.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johorm Lilis Saslinda Pornomo berkata, siasatan kini sedang dijalankan susulan dengan tularnya rakaman itu.

Katanya, pasukan penguat kuasa KPDN negeri telah dihantar ke stesen minyak tersebut yang terletak di Taman Sierra Perdana, Mukim Plentong bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Jika terdapat kecuaian di pihak pengusaha stesen minyak, tindakan lanjut akan diambil menerusi kertas siasatan yang kemudian akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).”

Rakaman tersebut telah mengundang rasa kurang senang dengan kelakuan individu tersebut memandangkan RON95 disediakan khusus buat rakyat tempatan.

Disamping itu, ada yang turut mempersoalkan penguatkuasaan undang-undang berkaitan larangan pembelian petrol RON95 subsidi oleh warga asing.

Sekadar info, untuk program BUDI95, warganegara yang layak perlu mengemukakan MyKad ketika berurus niaga di kaunter stesen minyak sebelum pengesahan dilakukan di terminal khas tersedia di stesen minyak bagi mendapatkan harga subsidi RM1.99 sen seliter.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.