in

Kantoi! Keluarga Pesakit COVID-19 Cuba Hantar Rokok Guna Roti Yang Ditebuk Ke Pusat Kuarantin

3rokok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Siapa yang pernah kena kuarantin dekat Maeps Serdang mesti tahu dan sedar akan kesusahan untuk membawa bahan terlarang ke dalam Pusat Kuarantin tu. Namun ada segelintir pihak yang masih berani untuk menyeludup bahan-bahan terlarang ke dalam.

Terkini, pihak berkuasa di Maeps Serdang telah berjaya menangkap pihak yang tidak bertanggungjawab itu. Hal ini berlaku selepas kegiatan penyeludupan mereka menggunakan roti yang ditebuk berjaya dikesan. Korang boleh tengok hantaran Facebook Selangor Bebas Asap Rokok – Selbar kat bawah ni untuk tahu modus operandi mereka.


Screenshot 2021 07 04 at 2.19.53 PM Screenshot 2021 07 04 at 2.20.03 PM Screenshot 2021 07 04 at 2.20.13 PM Screenshot 2021 07 04 at 2.20.26 PM Screenshot 2021 07 04 at 2.20.36 PM

Menurut laporan Harian Metro, taktik penyeludupan bahan terlarang yang dihantar ahli keluarga pesakit yang dikuarantin didedahkan oleh Pegawai Pemerintah PKRC Maeps Serdang, Supritenden Norhizam Bahaman.

Menurutnya, anggota pihak berkuasa telah ditugaskan di pintu masuk Maeps dan diarahkan untuk melakukan pemeriksaan rapi terhadap semua bungkusan atau beg yang mahu dikirimkan kepada pesakit yang sedang kuarantin di sana.

Kegiatan penyeludupan ini makin menjadi-jadi selepas anggota pihak berkuasa turut berjaya merampas 5 kotak rokok yang disembunyikan dalam bungkusan roti.Alat vape turut dirampas yang sebelumnya disembunyikan dalam bungkusan mi segera, kotak bijiran sarapan dan tabung keropok kentang.

Screenshot 2021 07 04 at 2.35.12 PM

Beliau juga berkata pihaknya berjaya mengesan cubaan menyeludup beberapa kotak rokok yang disembunyikan di dalam roti dihantar seorang waris kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Bagi membendung penyeludupan, pihak polis di Maeps Serdang turut melakukan pemeriksaan mengejut ke dalam dewan kuarantin bagi memastikan tiada bahan terlarang dibawa masuk.

 

Baca: “Dalam dok kena covid sempat lagi mencuri” – Dua Pesakit Covid-19 Ditahan Polis, Curi Telefon Bimbit Di MAEPS Serdang

Screenshot 2021 07 04 at 2.44.51 PM

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.