in

Kanda Yusuf Azmi Tewas Kepada Petinju Indonesia, Terima Kritikan Netizen

wwc yusuf azmi kalah tko

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bagi korang yang mengikuti acara kemuncak Warzone World Championship (WWC) yang berlangsung di N9 Arena, Nilai pada Ahad malam, pengasas Semboyan, Yusuf Azmi, 35, dilaporkan kalah apabila tumbang kepada petinju Indonesia, Yunus Martin, 30.

Aksi perlawanan itu difahamkan bermula hangat dengan Yusuf dilihat bersemangat pada pusingan pertama. Namun momentum perlawanan dilihat mulai berubah pada pusingan kedua dan ketiga apabila Yunus memberi beberapa pukulan kuat dan mengumpul banyak mata.


Yusuf jelas nampak keletihan pada pusingan ketiga dan terhuyung-hayang di dalam gelanggang selepas menerima beberapa tumbukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Perlawanan kemudian berakhir dengan Yunus diumumkan sebagai pemenang menerusi technical knockout (TKO) yang merupakan kemenangan sulungnya di Malaysia.

Artikel berkaitan: “Sembang semua orang boleh sembang” – Yusuf Azmi Ajak Bersemuka Dengan Caprice

Artikel berkaitan: WWC Buat Permohonan Maaf Secara Terbuka, Gantung Sementara Penyertaan Petarung Bawah Umur

“Fight dalam ring tak sama dengan street fight” – Netizen 

Dalam pada itu, aksi perlawanan di antara Yusuf dan Yunus telah mendapat kritikan netizen yang mana rata-rata berpendapat Yusuf kelihatan ‘penat’ di atas ring.

Pun begitu, ada juga yang memberi kata-kata semangat supaya Yusuf berusaha lebih kuat untuk masa depan.

jojo

Tular juga video yang dimuat naik Johan Ghazali berkenaan isu itu, namun ia difahamkan sudah dipadam daripada akaun media sosialnya.

 

View on Threads

 

Sumber: Instagram, Threads

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.