Sebelum Perodua Myvi menjadi ‘King of the Road’, sebuah kereta keluaran Perodua juga pernah menjadi sangat ikonik. Dengan saiznya yang kecil, Perodua Kancil pernah menjadi kegilaan ramai orang sebelum kehadiran ‘adiknya’ Perodua Myvi.
Cuma sekarang ni kita susah nak nampak Perodua Kancil dekat jalan. Kalau ada pun mungkin dekat kawan kampung.
Tapi ada Perodua Kancil ni telah diubahsuai ‘baik punya’ dengan tayar besar. Kalau nampak dari luaran memang akan ambil masa sikit untuk kenal.
Korang tengok lah video Perodua Kancil 4×4 yang dimuat naik oleh @ricxxxkiddo kat bawah ni.
WEH ADA KANCIL GANAS DEKAT HUTAN!! pic.twitter.com/jvv2BM0j7s
— amighul deghaman (@ricxxxkiddo) November 23, 2023
Artikel berkaitan: “Orang berbudi kita berbahasa” – Netizen Terharu Tengok 2 Pemandu Tolong Sesama Sendiri Dekat Tol
Artikel berkaitan: Hanya Pakai Kereta Kancil Lama, Wanita Hadiahkan Ibu Ayah Kereta Baru Raih Sebak Netizen
Kancil ganas ni
Fuhhh… ini kalau min terjumpa dekat luar, min pun terkejut. Bukan biasa-biasa tuan kereta ni ubah suai Kancil dia. Siapa sangka kan, Kancil boleh panjant bukit macam tu je.
Parameswara pun mau terkejut tengok Kancil power macam ni. Bukan setakat anjing je kena tendang, silap-silap gajahnya sekali lari lintang-pukang.
Min pun kena tengok video ni 2 kali baru perasan itu memang kereta Kancil. Hebat betul boleh modify Kancil yang kecik tu jadi kenderaan 4×4 kan.
Kecil-kecil cili padi tau. Jangan pandang rendah Kancil sekarang ni, Kancil 4×4 dah jadi Harimau.
Mungkin ini antara nama yang sesuai untuk Kancil 4×4 ni. Nampak kecik tapi power sama macam Hilux.