in

Kanak-kanak 6 Tahun Maut Selepas Basikal Dirempuh SUV

8Basikal

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hasrat seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun untuk bermain di rumah rakannya tidak kesampaian apabila dia maut selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya di Jalan Perumahan Batu Hampar, Manir, Terengganu, petang Sabtu.

Dalam kejadian sekitar jam 4.10 petang itu, mangsa, Nur Adelia Qistina Mohd Shukri dari Pengerang, Johor, dilaporkan menunggang basikal bersendirian sebelum dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Harrier. Pelanggaran tersebut menyebabkan mangsa tercampak dan mengalami kecederaan serius, khususnya di bahagian kepala.


Screenshot 2026 03 01 At 11.47.51 Am

Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Manir untuk mendapatkan rawatan kecemasan, namun disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian. Jenazahnya seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah bagi proses lanjut.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Md Noor berkata, siasatan awal mendapati SUV yang dipandu seorang wanita berusia 43 tahun itu sedang melalui jalan berkenaan untuk ke bazar di Kampung Batu Hampar. Pada masa yang sama, mangsa dipercayai keluar secara tiba-tiba dari simpang di sebelah kanan jalan.

Screenshot 2026 03 01 At 11.47.15 Am

Beliau berkata, jarak yang terlalu hampir menyebabkan pemandu tidak sempat membrek atau mengelak. Pemeriksaan lanjut mendapati wanita terbabit tidak memiliki lesen memandu dan kenderaan tersebut adalah milik suaminya. Keadaan cuaca ketika kejadian adalah baik dan jalan dalam keadaan rata serta kering. Kes kini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.