in

“Kan dah mendapat” – Gara-gara Masuk Kawasan Larangan, Lelaki Gelabah Baju Ditarik Orang Utan

page orang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini tular video yang memaparkan detik cemas seorang lelaki yang ditarik oleh seekor orang utan secara tiba-tiba ketika berada di depan kandang haiwan liar itu sewaktu bersiar-siar di Zoo Kasang Kulim, Pekanbaru, Riau, Indonesia.

Menurut Utusan TV, kejadian mengakibatkan lelaki yang dikenali sebagai Hasanal Arifin itu dipercayai berlaku kerana tindakannya yang memasuki kawasan terlarang dan hanya dibenarkan untuk staf dan penjaga zoo sahaja.


Video Hasanal ditarik orang utan itu difahamkan masih lagi tular sehingga ke hari ini.

Dari video yang dikongsikan, kelihatan Hasanal menjerit meminta tolong kerana panik akibat bajunya ditarik sebelum kakinya juga dipegang kuat dengan orang utan yang berada dalam kandang.

Orang utan yang diberi nama Tina itu bagaimanapun tidak segera melepaskan kaki Hasanal walaupun telah dibantu oleh rakan kepada Hasanal yang turut berada di tempat kejadian kerana genggamannya yang kuat.

“Jangan ingat diorang ni lemah”

Sementara itu, menjengah di bahagian replies dan juga quotes tweet yang dimuat naik, ramai yang menyatakan bahawa kekuatan haiwan liar bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main kerana mereka akan bertindak lebih ganas sekiranya rasa terancam.

“Patutnya jangan lawan balik… Kasi tenang dulu. Lagi dilawan, lagi agresif diorang ni” – Tulis netizen

komen full 1

Tak kurang juga yang menasihati agar orang ramai yang pergi ke zoo untuk tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada haiwan-haiwan yang ada kerana perbuatan itu boleh mendatangkan mudarat kepada pelaku.

Haa, dengar tu. Jangan sesuka hati tau langgar arahan. Nanti jadi benda yang tak sepatutnya kan dah susah…

Baca: Viral Isu Orang Utan, Menteri Dakwa Ada Pihak ‘Edit’ Sampai Lari Konteks?

untitled 1 4

Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.