Sedia maklum, terdapat beberapa daerah di Sabah diisytiharkan sebagai zon merah berikutan peningkatan mendadak kes Covid-19 di negeri bawah bayu itu. Pelakon dan pelawak yang dikenali sebagai Atu Zero telah tampil memberikan sumbangan dengan kerjasama bersama isteri serta sukarelawan lain.
Menurut sumber, Atu memulakan inisiatif ini 4 hari yang lalu selepas mendapat mesej peribadi daripada seorang penduduk di daerah zon merah mengatakan mereka memerlukan bantuan PPE.
Tambahnya,
“Mulanya bantuan itu kami salurkan ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu dan Hospital Kudat. Tiba-tiba, kes di sekitar Semporna pula naik. Kami menggunakan inisiatif mengumpul PPE daripada sukarelawan seluruh Malaysia bagi dihantar ke Sabah.”
Namun, ada seorang netizen memberi komen negatif terhadap usahanya itu dengan tuduhan mereka bukan beri secara percuma tetapi menjualnya.
Hal ini dikesali oleh isteri Atu, lantas dia menjelaskan dan membidas tuduhan tersebut di laman sosial peribadinya.
“Jangan lah menyebarkan fitnah.”
Jangan serkap jarang. Kalau tak ada yang baik untuk diucap, diam saja.
Baca : [TERKINI] Sekatan Rentas Negeri Di Sabah Mulai Esok – Ismail Sabri