Bila satu kawasan dilanda bencana yang hebat, antara perkara pertama yang boleh kita lakukan ialah hulurkan bantuan buat mereka semampu yang boleh.
Meskipun kini hampir kesemua kawasan yang terjejas akibat banjir telah mendapat bantuan sewajarnya bukan sahaja dari agensi kerajaan namun pihak NGO dan individu perseorangan, masih ada yang kecewa dengan tindak balas kerajaan yang dikatakan lewat dalam menguruskan isu tersebut.
“Kami telefon semua agensi kerajaan mohon bantuan tapi…”
Menerusi satu rakaman video yang viral di Twitter, seorang wanita yang juga mangsa banjir meluahkan rasa kecewanya berhubung tindak balas agensi kerajaan dalam melaksanakan operasi menyelamat ketika kejadian banjir pada Jumaat lalu.
Wanita itu dilihat meluahkan rasa kesalnya kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar ketika sesi lawatannya di kawasan terjejas, lapor Utusan Online.
The lady was very polite in articulating her immense disappointment to the ex MKN SELANGOR Chief Noh Omar. She narrated how difficult it was to seek help when the help was needed urgently. Her anger management was excellent ! pic.twitter.com/D2YGhQnBlN
— Dr. Rais Hussin (@raishussin) December 21, 2021
Menurut wanita itu, dia telah cuba menghubungi banyak agensi menyelamat bermula tengah malam kejadian, namun hampa kerana tidak mendapat sebarang tindakan.
Tambahnya lagi, hanya Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) yang turun padang pada malam kejadian di Hulu Langat, namun tidak dapat menjalankan operasi secara menyeluruh kerana hanya mempunyai tiga buah bot.
Kami tersangkut pada hari kejadian dari pukul 12 tengah malam sehingga pukul 4.30 pagi. Kami telefon semua agensi kerajaan mohon bantuan tapi tiada tindakan diambil ketika kejadian,” katanya.
Wanita berkenaan juga berkata, situasi itu sangat berbeza dengan banjir yang dialami pada tahun 2014 kerana bantuan datang dengan pantas. Dia juga berterima kasih kepada warga Indonesia yang dikatakan membantu mereka yang memerlukan keluar dari kawasan bencana.
Kalau tan sri nak tahu, (yang) hanya menolong kami ialah rakyat Indonesia, mendayung sampan sampai 3 orang untuk menyelamatkan anak kakak ini yang terperangkap atas bumbung rumah dari pukul 12 tengah malam hingga 4.30 pagi,” katanya.
“Wanita ini sangat sopan dalam meluahkan rasa kesalnya”
Video tersebut mendapat pelbagai komen dan pandangan netizen yang merasakan wanita itu walaupun dalam keadaan kesal dan marah, tetap berhemah dan tidak terbawa perasaan marah dalam menyatakan rasa kesalnya kepada menteri.
“Wanita ini sangat sopan dalam meluahkan rasa kesalnya kepada bekas Ketua MKN Selangor Noh Omar. Dia menceritakan bagaimana susahnya untuk meminta bantuan bila ia amat diperlukan.
“Cara dia kawal amarah memang hebat”
Apa-apapun bagi admin harapnya pihak kerajaan boleh take notelah dengan apa yang diluahkan wanita itu supaya dapat melakukan penambahbaikan di masa hadapan.
Dalam pada itu, sebaiknya kita janganlah menyalahkan mana-mana pihak kerana admin yakin setiap agensi kerajaan yang terlibat pastinya berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam menyelamatkan mangsa banjir yang terkandas di kawasan mereka.
Semoga semuanya kembali pulih seperti sediakala.
Baca: “Terbaik” – Dr Zul Melawat Gurdwara PJ, Beri Sokongan Kerana Bantu Mangsa Banjir Dari Ahad Lepas