Wanita bernama Alice Chang kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila dia sekali lagi diberhentikan kerja dari sebuah restoran makanan segera. Wanita berkenaan dipecat dari salah sebuah cawangan Nando’s di ibu kota.
Perkara ini dihebahkan oleh pihak Nando’s di laman Facebook selepas ramai mempersoalkan lantikan wanita itu yang pernah mencetuskan kontroversi di beberapa tempat.
Menerusi kenyataan rasmi yang dikongsikan, tindakan Alice mengambil gambar swafoto di tempat kerja dalam premis dianggap telah melanggar polisi syarikat kerana memuat naik gambar termasuk dalam kawasan sulit premis tersebut ke akaun media sosialnya.
Artikel berkaitan: “Ada bukti CCTV” – Alice Chang Dakwa Dic*bul Manager Di Tempat Kerja Baru
Artikel berkaitan: Wanita Cium Doh Tipu Identiti Untuk Cari Kerja Baru Dekat Kedai Aiskrim
Susulan itu, dia telah diberhentikan serta-merta dan meninggalkan premis mereka. Dalam menjaga keselamatan semua pihak, mereka telah mengambil langkah segera dengan melakukan sanitasi menyeluruh dan memastikan tiada risiko lanjutan.
“Bagi memastikan keselamatan semua pihak, kami telah mengambil langkah segera dengan melakukan sanitasi menyeluruh dan memastikan tiada risiko lanjutan,” katanya.
Dalam pada itu, pihak Nando’s menekankan sangat komited untuk mengekalkan piawaian keselamatan, kebersihan, dan kesejahteraan pelanggan serta kakitangan.
Sebelum ini, Alice telah dipecat dari syarikat Auntie Anne’s disebabkan gambar tular mencium doh sewaktu bekerja.
Kemudiannya, dia juga didakwa bekerja di sebuah restoran makanan segera popular tetapi telah menimbulkan satu lagi isu apabila mendakwa bahawa dia telah dicabul oleh manager restoran terbabit.
Sumber: Facebook