in

“Kami tak rasa ayah jatuh tergelincir” – Bapa Koma Akibat Kemalangan Sampai 6 Tulang Rusuk Patah Buat Anak Musykil

Kemalangan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Ayahnya terlibat dalam kemalangan dan koma. Ketika ditemui, Nur Azieka  mendapat khabar bahawa ayahnya terjatuh dan tergelincir. Tetapi rasa musykil mula timbul apabila mengetahui tahap kecederaaan ayahnya ini begitu parah dan rasa macam tak logik kalau jatuh tergelincir boleh seteruk itu. Siap koma lagi.


 

 

Kejadian itu berlaku pada waktu pagi ketika ayah Azieka dalam perjalanan ke kerja dengan menunggang motosikal.

DIa melihat helmet ayahnya berkecai teruk, malah ketika menjalani rawatan di hospital ayahnya koma, malah 6 tulang rusuknya patah, dahi dan mata dijahit, tulang bahu patah, rahang berlubang hingga ke tulang, tangan berlubang kena urat serta jari dah tak boleh bergerak.

Eadqktsuwae8I4C

Eadqifiucaeloyn

Dengan keadaan ini, pasti tak wajar kalau nak kata jatuh tergelincir boleh seteruk itu kan? Disebabkan itu dia muat naik status di Twitter dan Instagram untuk menyeru mereka yang ada menyaksikan kejadian itu.

Eadqifuucaat0Kn 1

Ramai orang datang tampil memberikan kerjasama memberikan keterangan sebagai saksi setelah perkongsian ini viral.

 

Rupanya kena langgar dan pelaku tak nak mengaku, cuba berpura-pura jadi saksi

Setelah diperhalusi maklumat yang diterima, ayahnya sebenarnya kena langgar dan pelaku enggan mengakuinya. Korang boleh baca perkongsiannya disini.

Malah siap ada rakaman antara saksi dan pelaku lagi.

Hurm tapi kalau ikutkan, memang tak patutlah buat macam tu, berani kerana benar, kalau tak sengaja mengaku sahajalah, kalau menipu dan bukti dapat. Lagi padah jadinya. Kami doakan yang terbaik buat ayah Azieka.

 

Baca :  Kemalangan Angkara Pemandu Mabuk Paling Dahsyat Dalam Sejarah, 27 Terkorban

Accdnt

Sumber: Twitter
Sumber: Twitter
Sumber: Twitter

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.