in

“Kami tak jual sos cili” – McDonald’s Perjelas Isu Pelanggan Dakwa Peket Sos Cili Kena Caj

Isu Sos Peket Mcdonalds

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, tular sebuah hantaran seorang pelanggan yang meluahkan rasa tidak puas hati apabila dikenakan caj sebanyak RM10.60 untuk 10 peket sos cili tambahan.

Dalam hantaran yang sama, pelanggan itu mengecam tindakan restoran makanan segera terbabit kerana didakwa mengenakan bayaran ketika harga barangan keperluan sedang meningkat.


Malah, dia turut memuat naik resit sebagai bukti dikenakan caj RM1 yang perlu dibayar bagi setiap satu paket.

Artikel berkaitan: Guru Kongsi Luahan Kecewa Pelajar, Sangka Dapat Ayam McD Rupa-rupanya…

Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen Terhibur Tengok Jep Sepahtu Menangis Disuap Bubur Bercili Oleh Sari Yanti

Jj

Hantaran itu mendapat pelbagai reaksi netizen, ada yang menyokong dan ada yang mempersoalkan dakwaan pelanggan terbabit.

McDonald’s siasat kes caj peket sos cili

Rentetan isu itu, McDonald’s Malaysia sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung dakwaan caj peket sos cili kepada pelanggannya.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata, pihaknya akan memanggil pekerja dan pelanggan yang terlibat bagi mendengar penjelasan mereka berhubung kes berkenaan.

“Kami akan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak iaitu pekerja dan juga pelanggan yang mendakwa dikenakan caj tersebut.

“Buat masa ini, kami tidak mahu komen lanjut kerana ia masih dalam proses siasatan,” katanya.

Ketika disoal berkenaan caj sos cili tambahan jika diminta oleh pelanggan, Azmir menegaskan bahawa tiada sebarang caj akan dikenakan kecuali sos khas barbeque dan sos masam manis yang dimakan bersama nuget.

“Kami tidak jual sos cili, tetapi pelanggan berpada-padalah juga (minta paket sos), takkanlah minta sampai 20 peket sos cili (dalam satu masa). Tetapi kadang-kadang kes ini berlaku dan anda jangan terkejut,” ujarnya.

Harap ada penyelesaian terbaik buat kedua-dua belah pihak.

Sumber: Kosmo!

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.