in

“Kami tak dapat terima keputusan itu”- Keluarga Mangsa Basikal Lajak Kecewa, Cadang Nak Lawan Semula Kes Di Mahkamah?

Feature Image Keluarga Mati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Umum mengetahui mengenai kes kemalangan jalan raya yang melibatkan seorang pemandu wanita dan 8 orang kanak-kanak yang pada ketika itu sedang bermain basikal lajak. Kes berkenaan berlaku 2 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2017.

Semalam, Mahkamah Majistret Johor Bahru telah memutuskan bahawa wanita tersebut yang dikenali sebagai Sam Ke Ting, 24 tidak bersalah dan dibebaskan dari pertuduhan selain wang jaminan bernilai RM10 ribu ringgit dan lesen dipulangkan semula.


Namun keputusan Mahkamah itu tidak diterima dengan baik oleh keluarga mangsa.

Keluarga Mangsa
Sumber: hmetromy

Menurut @hmetromy, keluarga mangsa tidak dimaklumkan mengenai prosiding mahkamah yang ingin membuat keputusan pada semalam.

Katanya, tiada pihak, termasuk polis dan peguam yang memberitahu mereka sedangkan sebagai keluarga, mereka berhak tahu perkembangan penting kes membabitkan wanita itu sama ada bersalah atau tidak.

“Ketika berkongsi keputusan itu (pembebasan wanita daripada pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian), semua keluarga tidak boleh terima.”

“Kami kesal, terkilan. Sepatutnya ada wakil keluarga mendengar keputusan penuh itu, ini tidak kami hanya mengetahuinya menerusi laman sosial sebelum berbincang mengenainya di kumpulan WhatsApp lapan anak syurga,” katanya.

“Kami semua kesal dan tidak dapat terima keputusan itu.”

Menurut Fatimah Nasir, 45, ibu kepada salah seorang mangsa kemalangan yang meragut lapan nyawa di Jalan Lingkaran Dalam, Johor Bahru, 18 Februari 2017 lalu, dia dan ahli keluarga mangsa yang lain ada membuat satu group WhatsaApp sejak tahun  2017 selepas berlakunya kemalangan tersebut.

“Di situ, kami berkongsi semua perkara bersama ahli keluarga lapan mangsa serta tiga peguam kami.

“Bermula daripada kes kemalangan itu hingga perbicaraan di mahkamah, semuanya dikongsikan bersama, ibarat satu keluarga,” katanya.

Tambahnya lagi dia dan ahli keluarga mangsa yang lain akan berbincang mengenai perkara ini sama ada ingin melawan semula kes tersebut ataupun tidak.

Namun di laman sosial, netizen menyokong keputusan mahkamah yang membuat keputusan untuk membebaskan Sam daripada pertuduhan memandu secara melulu hingga mengakibatkan kematian.

“Ibu bapa patut pantau anak-anak, takkan 3 pagi masih dekat luar rumah”

Komen 1 2
Sumber: twitter
Komen 2 2
Sumber: twitter

Tapi dalam pada tu ada satu Tweet daripada salah seorang keluarga mangsa yang mengatakan bahawa dia turut berasa kesal akibat wanita tersebut dibebaskan tanpa sebarang hukuman.

Keluarga Sis
Sumber: twitter

Tapi pada admin lah kan, tak kira lah siapa pun yang salah, korang pun kalau nak bagi komen tu berpada-pada lah, kena lah juga jaga perasaan semua pihak.

 

 

Baca: “Bebas tanpa bela diri” – Hakim Jelaskan 3 Alasan Kukuh Kenapa Wanita Langgar 8 Remaja Berbasikal Lajak Sampai Maut Tak Bersalah

Lajak3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.