in

“Kami memerlukan wang itu” – [VIDEO] Caliph Busker Rayu Penganjur Bayar Duit ‘Show’

Ft Caliph Busker

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Antara tanggungjawab penganjur event adalah untuk memastikan pembayaran artis ataupun band yang terlibat dibayar on time dan sama seperti dengan apa yang dijanji pada awalnya.

Siapa sahaja yang tidak geram apabila kerja keras tidak dibayar dalam tempoh yang dijanjikan padahal segala urusan sudah diselesaikan.


Perkara tersebut adalah hal yang dihadapi oleh kumpulan Caliph Buskers apabila persembahan mereka yang berlangsung 10 & 11 Disember lalu masih belum dibayar oleh pihak penganjur di sebuah event di Pulau Pinang.

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=696165075206775&set=a.295810521908901&type=3

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook kumpulan itu, mereka merayu agar pihak penganjur segera membayar persembahan tersebut kerana mereka dan krew amat memerlukan wang berkenaan.

Mula-mula tangguh pembayaran

Drummer kumpulan terbabit, Fendy Adlun menjelaskan, penganjur mulanya berjanji akan membuat pembayaran pada malam pertama mereka melakukan persembahan.

Namun, mereka terpaksa pulang dengan perasaan hampa apabila pihak tersebut menangguhkan pembayaran ke hari berikutnya

319337173 450782473919795 731152208215970836 N 1024X768 1

Kumpulan tersebut terpaksa akur naik ke pentas untuk melakukan persembahan pada malam kedua walaupun pada awalnya kecewa tentang janji bayaran yang tidak dikotakan.

Malahan, mereka bertolak ansur dengan tidak mengambil deposit dan berharap paling tidak pihak penganjur dapat membayar separuh dari harga asal persembahan kerana banyak perlu diuruskan termasuklah duit tol dan bayaran untuk para krew.

“Sampai hati kau kenakan orang buta”

https://www.facebook.com/watch/?v=950929305892313

Selain itu, Fendy turut memohon agar pihak penganjur event Pulau Pinang itu supaya melangsaikan bayaran mereka kerana ada di antara mereka yang datang dengan poket kosong.

Dia juga menyelar tindakan pihak yang tak bertanggungjawab itu kerana sewenang-wenangnya mereka ciba menipu golongan orang kurang upaya (OKU).

“Sampai hati kau kenakan orang buta. Kalau aku boleh kerja macam kau, tak apa. Tapi inilah kerja yang kami ada… kalau tak buat persembahan pentas, busking.”

Apa yang lebih teruk, Caliph Buskers juga hilang punca pendapatan memandangkan sekarang musim hujan dan tidak mampu meneruskan aktiviti busking seperti biasa.

“Busking pun kau faham-fahamlah musim hujan sekarang. Kadang-kadang busking pun tak dapat apa-apa. jadi, bila ada show barulah sedap sikit,” katanya.

Sumber : Kosmo, Facebook (Caliph Buskers), mStar

Kesian dorang ni dah la tu je satu-satunya punca pencarian rezeki dorang..

Baca : “Nak aunty suapkan” – Dikecam Netizen Kerana Suap Anak Fendi Caliph Busker, Rina Harun Bagi Penjelasan

Collage 28 758X399 1

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.