Sejak semalam, kecoh berkenaan hubungan pelakon ternama tempatan iaitu Sharnaaz Ahmad dengan pelakon baru Amelia Lim Christie. Pelakon filem Juvana itu sudah pun mengeluarkan kenyataan berkenaan isu perhubungannya itu.
Dalam pada itu, Noor Nabila yang merupakan bekas isteri kepada Sharnaaz berkata dia tidak akan masuk campur dalam hal perhubungan Amelia serta bekas suaminya itu.
Artikel berkaitan: “Dah ke hulu ke hilir” – Netizen Pertikai Sharnaaz Tak ‘Declare’ Hubungan Dengan Amelia?
Artikel berkaitan: “Aku tak pernah mengiyakan” – Sharnaaz Tampil Perjelas Isu Hubungan Dengan Amelia
Menerusi laporan Harian Metro, Noor Nabila yang merupakan seorang pempengaruh dan usahawan itu berkata dia sentiasa mendoakan jodoh yang terbaik buat kedua-duanya.
View this post on Instagram
“Bab ‘percintaan’ Sharnaaz dan Amelia, saya tak masuk campur. Bagi saya, kalau mereka tiada jodoh, nak buat macam mana, kita tak boleh nak melawan takdir kan.
Cuma saya sentiasa mengharapkan yang terbaik untuk mereka sama ada mereka bersama atau pun tidak,” katanya.
Kakak kepada usahawan Neelofa itu juga berkongsi Amelia sangat rapat dengan anaknya iaitu Jebat Jayden dan mereka sentiasa meluangkan masa bersama.
“Sehingga hari ini kami selalu buat panggilan video atau berhubung. Saya selalu beritahu Amelia walau apapun terjadi saya dan Jayden akan sentiasa ada untuk dia.
Lagipun sekarang ini, Jayden memang lebihkan Amelia. Semua hal dia nak kongsi dengan Amelia dan kami ikhlas sayangkan dia macam keluarga kami sendiri,” katanya.
Selain itu, Noor Nabila juga akui dia selesa berkawan dengan Amelia dan disebabkan itu dia membenarkan pelakon 7 Hari Mencintaiku itu untuk mendekati anaknya, Jebat Jayden.
Sumber: Harian Metro