“Kami dipaksa mkn babi & dilarang solat”- Pendedahan Mengejut Seorang Etnik Uighur Terhadap Layanan ‘Istimewa’ Di Kem Tahanan Xinjiang.

Sehingga kini Negara China dihujani pelbagai kritikan masyarakat antarabangsa berikutan tindakan ‘kejam’ mereka ke atas masyarakat etnik minoriti Islam Uighur yang sehingga kini lebih 1 juta orang ditahan di kem-kem tahanan mereka.

Mungkin ramai yang mengetahui perkara itu, namun pendedahan mengejut daripada salah seorang bekas tahanan akan membuatkan korang berfikir sejenak betapa teruknya layanan yang diberikan kepada masyarakat minoriti Islam Uighur ini.

 

DILARANG SOLAT, DIPAKSA MAKAN BABI & DILARANG SIMPAN JANGGUT

Sumber : Sinar Harian

Omir Bekali, yang merupakan bekas tahanan di Xinjiang Re-education camps atau Kem Pendidikan Semula Xinjiang mendedahkan yang masyarakat islam di kem tahanan tersebut DILARANG SOLAT, DIPAKSA MAKAN BABI selain DILARANG MENYIMPAN JANGGUT.

Katanya bentuk hukuman itu dilakukan bertujuan untuk mengurangkan kepercayaan Etnik Uighur dan kumpulan minoriti Islam lain di wilayah Xinjiang ke atas agama masing-masing, memetik sumber Sinar Harian.

Mereka memanggil kami ‘pelajar’ dan dipaksa beratur menghadap dinding dan menyanyikan lagu kebangsaan selama 30 minit pada setiap pagi. Saya tidak mahu ikut arahan mereka, namun terpaksa kerana sudah lali. Walaupun selepas setahun ia masih terngiang-ngiang dalam kepala saya.”- Omir

Sumber : Google

Kalau korang nak tau, kisah Omir ini lagi sedih. Dia yang dilahirkan di Xinjiang telah berpindah ke Kazakhstan pada 2006 atas urusan kerja. Namun dia kembali semula ke wilayah Xinjiang pada Mac 2017 sebelum ditahan dan dipenjarakan atas sebab yang tak masuk akal iaitu MEMBIAYAI KEGANASAN.

Selepas 7 bulan dipenjarakan, dia dipindahkan ke ‘kem pendidikan semula’ di Karamay di mana di lokasi itulah dia turut dirantai.

“Setiap Jumaat tahanan akan dipaksa makan daging babi dan kami dilarang solat atau menyimpan janggut yang didakwa sebagai simbol ekstremisme. Satu-satunya bahasa yang dibenarkan di kem itu adalah bahasa Cina”.

Korang bayangkan sebagai umat Islam sudah semestinya kita tak boleh makan daging babi kerana ianya haram. Ini ditambah pula larangan solat yang merupakan amalan fardhu sebagai umat islam.

Namun Omir berkata bukan itu sahaja malah banyak lagi bentuk kekejaman lain yang dilakukan mereka ke atas tahanan di kem tersebut..Kenapa lah melampau sangat layanan yang diberikan.

“Apabila saya enggan mengikut arahan mereka, saya dipaksa berdiri selama 5 jam sebelum ditempatkan dalam kurungan seorang diri dan tidak diberi makan selama 24 jam.”

Sumber : Google

Beijing dakwa ‘layanan istimewa’ tersebut sebagai usaha perangi keganasan dan ekstremisme

Katanya tekanan psikologi yang dihadapi dia dan tahanan lain adalah sangat besar dan ada satu ketika mereka hampir ‘give up‘ dengan tekanan-tekanan tersebut.

Hidup saya berada dalam tekanan, tak boleh tidur dan otak saya terus menerus berfikir tanpa henti.”

Sumber : Google

Untuk pengetahuan korang, lebih sejuta etnik Uighur ditahan di kem tersebut yang terletak di Wilayah Xinjiang. Malah dakwa Beijing ia merupakah langkah untuk memerangi keganasan dan ekstremisme.

Melihatkan kepada situasi yang semakin memuncak, Sweden pada khamis lepas mengambil inisiatif akan memberikan status pelarian kepada pencari suaka Uighur.

So, rentetan daripada itu China bertindak balas dengan mengeluarkan laporan panjang berhubung penahanan 13,000 pengganas selain menumpaskan ratusan ‘geng pengganas’ di Xinjiang.

Semoga minoriti Islam di sana akan dilindungi amin.

Baca : This made me cry Their blood will not be wasted Subhanallah! Ramai Warga New Zealand Pelajari Islam Di Masjid Lepas Insiden Berdarah Christchurch

Ditulis oleh Isa Zubir

Sejenis manusia yang sempoi, masuk air dan kuat makan. Spesis makhluk yang kalau gelak tak ingat dunia, tapi tak perlu risau sebab aku still waras lagi. Perkara paling penting dalam hidup aku - FAMILY dan KERJAYA, yang lain jatuh nombor dua.