Isu Sajat bertudung di Mekah turut memberi tempias kepada agensi pelancongan Albayt Travel Sdn Bhd yang menguruskan perjalanan usahawan ini hingga dorang terpaksa deactivate Facebook gara-gara diserang oleh netizen.
Menerusi temubual bersama mStar, pemilik agensi, Sofwan Che Seman, mengatakan rombongan Sajat akan pulang ke Malaysia Jumaat ini.
Dia masih ada dekat sana namun mutawwif kita yang mengikuti rombongan dah pesan kepada Sajat untuk ubah penampilannya kepada fitrah asal.”
Pun begitu, sehingga sekarang Sufyan masih belum menerima apa-apa maklum balas terkini mengenai isu tersebut.
Sofwan turut mengatakan yang dia telah pun membuat laporan polis mengenai isu ini kerana bukan saja Sajat dikatakan telah menjatuhkan imej dan maruah agensi, malah keluarga Sofwan juga turut terkesan bila laman Facebook peribadi dorang diserang oleh netizen.
Dalam laporan polis ini juga, Sofwan mengatakan yang dia dah meminta Sajat untuk membuat permohonan maaf secara terbuka serta menghentikan penyebaran dia berimej muslimah di Tanah Suci tapi Sajat memilih untuk mendiamkan diri kerana tak nak keruhkan keadaan.
Tak payahlah nak attack agensi ni, dorang dah buat ikut garis panduan. Keputusan untuk pakai baju wanita ni Sajat yang buat sendiri.