in

“Kami berusaha selamatkan rumah tangga ini” – Harith Iskander & Bekas Isteri Masih Kekalkan Hubungan Baik

Ft Harith Iskander Bercerai Cara Baik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pelawak terkenal Harith Iskander hari ini  sah berceray talak satu dengn bekas isteri,  Dr Jezamine Lim. Jelas Harith, dia akui berasa sedih dengan perpisahan tu namun begitu ia adalah jalan terakhir setelah  pelbagai usaha menyelamatkan rumah tangga mereka sebelum ini tidak berhasil.

Walaibagaimanpun, Harith berkata, dia bersyukur apabila mereka sepakat untuk berkawan baik apatah lagi memiliki tiga anak yang memerlukan perhatian mereka.


Artikel berkaitan : Isteri Harith Iskander Failkan Cerai Sebulan Lalu

Artikel berkaitan : “Kehilangan MH370 adalah peristiwa traumatik” – Harith Iskander ‘Sekolahkan’ Jocelyn Chia

Screenshot 2024 07 25 153235

“Kami dah sampai ke tahap ini dengan cara yang baik, masih lagi berkawan demi kebaikan anak-anak kami. Perkara ini semua berjalan dengan lancar dan kami sudah tiba di satu tahap sudah bersetuju dalam semua aspek untuk perceraian ini.”

“Ketika melafazkan talak, pastinya sedih tetapi secara peribadi, kedua-duanya setuju dan dapat ‘move forward’ dalam kehidupan masing-masing.”

Jelasnya ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan har ini lagi, tiada rumah tangga yang tidak dilanda badai dan ia bergantung kepada apa yang telah diusahakan pasangan untuk menangani masalah. Untuk Harith, perceraian sajalah jalan muktamad.

“Sudah lama kami berusaha untuk selamatkan rumah tangga ini, bukan daripada pihak saya saja tetapi daripada Jezamine juga. Kami sudah lakukan segala-galanya (usaha) dan tetapi perpisahan adalah langkah yang seterusnya.”

“Dalam perkahwinan mana yang tiada masalah. Kalau anggap masalah itu sebagai sebab perceraian tak bagus juga. Setiap hubungan ada masalah yang bezanya seberapa besar masalah itu yang akan membawa kepada keburukan.”

Biarpun tiada lagi ikatan sah sebagai suami isteri, Harith dan Jazemine meneruskan hubungan profesional selepas ini, malah Harith lega apabila keputusan mereka untuk bercerai ini tidak memberikan impak besar terhadap emosi anak-anak.

Screenshot 2024 07 25 153509

“Selepas ini kami akan teruskan pekerjaan seperti biasa. Kami ada syarikat yang perlu diuruskan, berjalan seperti biasa. Hanya dari segi suami isteri, tiada lagi. Tetapi hubungan masih baik sebagai kawan dan rakan perniagaan.”

“Anak-anak, kami sudah beritahu kepada mereka. Kami juga buka ruang kepada mereka untuk bertanya apa saja. Bagi saya mereka okay, kami akan pastikan tiada apa yang akan mengganggu mereka dari segi sosial.”

Harith juga tidak menolak seandainya mereka dijodihkan untuk kembali bersama.

“Itu semua di tangan Allah, tiada siapa yang boleh kata segalanya akan terjadi esok. Masa sebelum kahwin pun saya tak pernah tahu esok akan kahwin. Mungkin satu hari kalau ditakdirkan bersama, insya-Allah.”

Harith dan Jezamine sah bercerai talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Siti Noraini Mohd Ali, pada 12.05 tengah hari, hari ini.

Sumber : Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.