Banyak perceraian di antara selebriti yang mengejutkan, salah satu daripadanya ialah perceraian antara vokalis band Hujan iaitu Noh Salleh dengan isterinya yang juga merupakan seorang aktivis kemanusiaan Shazrina Azman atau lebih dikenali sebagai Mizz Nina.
Kedua-dua mereka bercerai pada tahun 2022 selepas mendirikan rumah tangga sejak tahun 2011, pasangan itu mempunyai seorang anak angkat bernama Musa yang kini berusia 2 tahun.
Sejak mereka bercerai, Noh Salleh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perpisahan mereka, malah ada sumber yang mengatakan dia mengelak untuk berjumpa dengan pihak media berkenaan isu itu.
Terbaru, dalam satu temu ramah dengan portal hiburan Indonesia, Noh memberitahu kehidupannya semakin sukar selepas bercerai, dia turut berkongsi bahawa dia kini sedang ‘berebut anak’ dengan bekas isterinya.
View this post on Instagram
“Lagu Manusia (nyanyian David Bayu) benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.
Pelantun lagu Angin Kencang itu berkongsi kenyataannya selepas menjawab soalan tentang lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya.
Menurut Berita Harian, Noh kini sudah pun mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihannya Fatin Athira Mustapa dan dikatakan akan bernikah pada September depan.
Manakala Mizz Nina pula kini sudah bernikah dengan seorang rapper dari Amerika Syarikat berketurunan Maghribi, Essam Muhammad.
Kita doakan urusan mereka sentiasa dipermudahkan…
Baca: “Sepadan sangat!” – Umum Sudah Berkahwin, Kenali Pilihan Hati Mizz Nina Essam Muhammad