Seorang pesara wanita mendakwa dirinya telah melahirkan anak kepada makhluk asing selepas dia ‘diculik’ alien ketika sedang menonton televisyen.
Lapor Daily Star, Jane Buckle, 68, mendakwa dirinya ‘diculik’ alien semasa sedang menonton televisyen di rumah pada 1 Mac lalu. Susulan daripada hal itu, wanita berkenaan mengatakan dirinya sudah melahirkan ‘bayi’ yang diberi nama Target Elvis.
Menurut Jane, dia langsung tidak mengingati apa-apa yang terjadi kepada dirinya semasa ‘diculik’ namun wanita itu mendakwa dia hamil selama 20 hari selepas insiden itu dan kini dia mendedikasikan hidupnya untuk membesarkan ‘bayi’ makhluk asing itu.
“Saya sedang menonton televisyen di rumah sebelum saya secara tiba-tiba tak sedar masa yang telah berlalu. Saya tak ingat saya ke mana tapi bila saya ‘kembali’ saya sudah mengandung,” katanya ketika ditemu bual Daily Star.
Dipilih sebab dia boleh beri ‘bayi’ itu hidup yang baik di Bumi
Tambah Jane, semenjak dia ‘bersalin’, jiran-jirannya menerima baik berita tersebut. Malah, mereka juga mendermakan pakaian bayi dan stroller kepadanya.
“Walaupun saya tak ingat apa yang terjadi, saya percaya saya dipilih mereka untuk melahirkan ‘bayi’ ke dunia ini kerana mereka kenal dan percaya saya boleh memberikannya kehidupan yang baik,” kata Jane lagi.
Meskipun Target Elvis nampak seperti alien yang biasa dilihat di kaca televisyen, Jane mendakwa dia perasan ada persamaan genetik antara mereka berdua.
Kata Jane, Target Elvis mempunyai mata yang sama dengannya. Selain itu, ‘bayinya’ juga bersaiz kecil san mempunyai tangan dan kaki yang pendek sama seperti dirinya.
“Dia (Target Elvis) tak mempunyai apa-apa jantina. Saya akan terus menjaganya sehinggalah alien itu datang semula untuk mengambil kami,” katanya.
Sumber: Daily Star
Baca: Lelaki ‘Bertukar’ Menjadi ‘Alien Hitam’ Lepas Jalani Pembedahan Buang Hidung & Belah Lidah