Llaollao bukanlah rangkaian dessert yang baru di Malaysia dan tidak dapat dinafikan orang Malaysia sangat menyukainya.
Bagaimanapun, nampaknya rangkaian kedai frozen yogurt (froyo) dari Sepanyol tersebut sangat diminati sehingga sebuah jenama tempatan meniru bulat-bulat sehinggakan namanya pun hampir sama.
Kedai tersebut juga menjual manisan yang sama iaitu froyo, malah ia juga mempunyai konsep yang sama dengan francais Llao Llao, lebih memeranjatkan lagi, namanya juga ll.la.lo!
Difahamkan, kedai froyo itu baru sahaja dibuka di Ampang dan menawarkan promosi pembukaan dengan potongan harga sehingga 50%.
https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=107627101897703&id=100635435930203
“Ingat Llao Llao dah tukar warna”
Pastinya perkara itu mengundang kemarahan netizen, ramai yang beranggapan perkara kedai froyo tersebut tidak mempunyai pendirian dan idea yang berbeza sehinggakan nama pun ditiru.
Banyak nama lain lagi kan?
Llao Llao tak berdiam diri!
Selepas perkara itu tular di media sosial Facebook, pastinya ia sampai ke pihak Llao Llao dan mereka melakukan clapback atau balasan yang sangat kena dengan berita trending terkini.
https://www.facebook.com/llaollaoMalaysia/photos/a.917874218290106/4980848651992622
Francais froyo ternama itu menggunakan ‘meme’ drama tampar-menampar antara Will Smith dan Chris Rock pada anugerah Oscar baru-baru ini.
Perkara itu juga menarik perhatian netizen dan ramai yang memuji kreativiti francais froyo tersebut.
Mungkin kita akan nampak saingan sihat lepas ni?
Baca: “Sekuntum panggilan keluarga dari kecil” -Sharifah Rose ‘Buka Mulut’ Lepas Dituduh Tiru Jenama Lain