Air banjir yang semakin deras naik hingga ke tahap bumbung rumah telah menyebabkan seorang nenek berusia 74 tahun ini terpaksa berpaut pada sebatang pokok manggis selama lebih 18 jam sebelum bantuan datang. Allahu…
Menurut Harian Metro, Razmah Sarip, 74, menceritakan detik cemas berkata, dia bersama anak perempuanya yang tinggal di Sungai Kerak, Kuala Gali, Raub tidak menyangka banjir naik secara mendadak dan deras hingga mengakibatkan beberapa struktur rumahnya runtuh.
Wan tak fikir apa, kalau Wan mati hari ini, harap yang baiklah untuk Wan.”
Tambahnya lagi, air banjir mulai naik sekitar jam 1.30 petang pada hari Ahad lalu dan ia dijangka akan surut beberapa jam kemudian. Namun tidak pula dia jangka, kali ini lain pula jadinya kerana makin lama, air menjadi makin tinggi.
“Hingga air sampai 1 meter, anak bawa Wan keluar, kebetulan kami jumpa pelampung kecil yang hanyut di depan rumah… kami berpaut pelampung sebelum naik ke atas pokok manggis berhampiran.
“Wan terpaksa menahan lapar dan sejuk sepanjang malam, nasib baik anggota keselamatan jumpa kami atas pokok pada 5 pagi,” katanya, sebak.
Menurut anak perempuannya, Rosmawati Rasman, 44, rumah mereka antara empat rumah yang terletak berdekatan Sungai Kerak dan semuanya kini ditenggelami air hingga ada yang musnah akibat banjir.
“Rumah kami musnah dan selepas ini perlu mulakan hidup baharu. Sudah tentu sukar kerana saya hanya bekerja sebagai pembantu kedai makan dan suami bekerja sebagai penoreh getah.
“Sementara ini kami sekeluarga tinggal di PPS dan apabila keadaan semakin reda, kami mungkin dapatkan bantuan ahli keluarga lain atau mereka yang terbabit bagi mendapatkan rumah (membina kembali rumah) untuk berlindung,” katanya.
Selain nenek ini dan anaknya, ada empat lagi mangsa banjir lain yang terpaksa berlindung di atas pokok sebelum pasukan keselamatan tiba beri bantuan.
Syukurlah nenek ini terselamat. Kita doakan semoga mereka kuat dalam hadapi dugaan ini.