in

“Kalau tertelan macam mana?” – Wanita Jumpa Pisau Berkarat Dalam Nasi Lemak

Collage 37

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila beli makanan dekat luar ni, pantang betul kalau ada benda yang tak sepatutnya dalam makanan kan? Kalau ada rambut pun kita dah geram apa lagi bila jumpa benda yang bahaya…


Macam baru-baru ini, seorang wanita berkongsi yang dia telah terjumpa pisau berkarat dalam makanan yang dibelinya di satu restoran di Ara Damansara.

Bercakap dengan WORLD OF BUZZ, Thanusha mengatakan yang dia telah membeli sarapan di satu restoran berhampiran pejabatnya tapi bila makan dia terjumpa benda yang tak sepatutnya.

Saya pesan nasi lemak. Tapi bila saya makan, saya jumpa pisau berkarat dalam nasi.”

Menurutnya, selepas penemuan tersebut, Thanusha telah berjumpa dengan pengurus kedai mamak tersebut yang mengatakan bahawa dia akan memaklumkan kepada pemilik restoran.

4A97C150 Fd6D 475A 905C A3De729B5E7C.jpg

Dia bagitahu saya ia bukan disengajakan dan berikan saya refund sebanyak RM4.50. Saya bagitahu saya nak jumpa bos tapi dia cakap bos tak ada.”

Wanita ini kemudiannya meminta pengurus tersebut untuk menelefonnya sekiranya pemilik restoran tersebut ada di sana namun sehingga hari ini pengurus itu kerap membuat alasan.

Kami hanya mahu berjumpa dengan bos tersebut dan minta ganti rugi atas apa yang berlaku. Tapi sampai sekarang tak ada khabar berita.”

Thanusha mengatakan bahawa dia hanya mahu permohonan maaf dari pemilik kedai dan ganti rugi yang lebih baik dari hanya memulangkan duit harga asal nasi lemak tersebut.

Ni bukan macam salah lain. Makanan saya ada pisau berkarat dalamnya. Kalau saya telan, saya akan cedera parah sekarang. Saya bukan nak minta banyak. Saya cuma nak bercakap dengan bos tu sendiri.”

Adui, betullah tu. Nasib baik perasan. Kalau tertelan confirm ke hospital…

 

Baca: Tular Video Tikus Tengah ‘Syok’ Makan Ayam Goreng Mamak, KKM Bakal Ambil Tindakan

Ft Tikus Bertenggek Dekat Ayam Goreng Mamak

Sumber: WOB

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.