in

“Kalau tak suka jangan tengok” – Leona Berang Gaya Pakaian Masih Jadi Buah Mulut Netizen

Leona Berang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pempengaruh media sosial yang juga anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona atau lebih dikenali sebagai Leona naik berang dan menyelar orang ramai agar tidak menyibuk tentang gaya pemakaiannya.

Menyatakan perasaan tidak puas hati berkenaan di Twitter, Leona mengatakan bahawa ada banyak lagi perkara lain perlu diutamakan berbanding perihal dirinya yang menjadi buah mulut ramai termasuklah pihak media.


“Kalau tak suka apa yang dilihat, jangan lihat”

Menurut ciapan Leona, pemakaiannya tersebut tidak mengganggu sesiapa dan itu merupakan pilihan yang dibuat olehnya.

Leona

Dalam masa yang sama, Leona juga menekankan bahawa perkara itu juga merupakan masalahnya sendiri dan tidak melibatkan orang lain. Sekiranya ada pihak yang terganggu, mohon sekat sahaja akaun media sosialnya.

Menerusi satu ciapan lain, dia berang dengan segelintir netizen yang mendakwa dia ke kelab malam sedangkan ianya sebenarnya majlis tarian di universitinya.

Tambahnya lagi, dia sudah bosan dengan media-media yang mengeluarkan berita kurang tepat mengenai dirinya hanya untuk mengumpan para pembaca.

Perkara ini menurutnya sudah banyak kali berlaku dan seperti biasa dia sememangnya tidak akan mengambil peduli tentang pendapat orang lain terhadapnya kerana ianya hanya akan membuat dirinya tertekan.

Baca : Azhar Sulaiman Terbuka Kalau Leona Hendak Hidup Bermadu, Tapi Kena Ikut 4 Syarat Ni

Ft Azhar Sulaiman Leona

Sumber: Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.