Dikatakan pada waktu kejadian dua beradik yang berada di rumah di Pulau Pinang ini tak tahu perbuatan si pelaku yang membuang bayi baru lahir sehingga 3 meter.
Menurut sumber, pelaku merupakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun. Bayi yang baru lahir itu dikatakan dicampak dari tingkat 4.
Kejadian ini berlaku kira-kira jam 10.30 pagi dan disedari oleh penghuni Flat Bukit Gedung, Bayan Baru selepas menemui bayi yang masih bertali pusat itu di perkarangan blok terbabit.
Tak nak keluarga tahu
Menerusi satu perkongsian di Facebook, penduduk menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian sebelum melihat ada kesan darah pada bahagian belakang kepala.
Si berusia 18 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai telah ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Difahamkan, ketika kejadian ibu bapa suspek tiada di rumah dan pihak polis sudah mengenal pasti teman lelaki suspek berusia 18 tahun juga.
Dikatakan bayi berkenaan dibuang dari tingkap dapur flat blok berkenaan dengan ketinggian kira-kira 3 hingga 5 meter. Turut kelihatan kesan darah pada bahagian tingkap terbabit.
Bagaimanpaun, bayi itu masih hidup dan dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang untuk rawatan susulan. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.
Katanya, suspek mengaku melahirkan anak berkenaan pada pukul 7 pagi sebelum membuangnya atas alasan panik susulan melahirkan anak tanpa pengetahuan keluarganya.
Perkongsian yang meraih lebih daripada 4,000 jumlah share ini sudah semstinya menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bagi mereka masih ada inisiatif lain yang boleh dilakukan kalau nak dibandingkan dengan nasib segelintir individu malang yang susah nak dapat anak dan ‘masih belum ada rezeki.
Kalau tak nak pun bagi lah kat orang – Netizen
Mujurlah bayi itu masih hidup, doa-doalah bayi yang tak berdosa ini sihat sejahtera dan boleh membesar seperti insan lain.
Baca : “No more bedak lepas ni” – Doktor Jelaskan Sebab Kenapa Sapu Bedak Talkum Berbahaya Pada Bayi