in

Kalau Tak Ada Tak Boleh Bersalin Dekat Hospital Kerajaan? Doktor Kongsikan Mitos Mengenai ‘Buku Pink’

Ft Mitos Pasal Buku Pink

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu melibatkan jenazah bayi yang ditahan dan dibekukan selama 2 minggu kerana gagal membayar bil hospital telah mendapat perhatian ramai dan masih menjadi perbualan hingga kini.

Seperti yang kita sedia maklum, antara perkara yang menjadi persoalan ramai ialah mengapa ibu bapa arwah bayi berkenaan tidak mendaftarkan ‘buku pink’ sehingga timbul andaian yang melibatkan status perkahwinan mereka.


Artikel berkaitan : Kes Adik Adham : Suami Dakwa Isu Tidak Berkahwin Timbul Sebab Isteri Tiada ‘Buku Pink’

Artikel berkaitan : Speed = nyawa!” – Pakar Sakit Puan Jelaskan Sebab Kenapa Ibu Hamil Perlu Bawa ‘Buku Pink’ Setiap Masa

Bercakap mengenai ‘buku pink’, influencer, Alpha Zaki menerusi TikTok miliknya ada menceritakan mengenai ‘mitos’ berkenaan buku tersebut yang tidak ramai tahu.

Antaranya, ‘buku pink’ ini hanya untuk wanita mengandung yang sudah berkahwin sahaja. Namun menurutnya, wanita yang tidak berkahwin tetapi hamil juga layak dan berhak untuk mendapatkan buku Rekod Kesihatan Ibu tersebut.

“Walaupun ada bahagian untuk maklumat suami, tapi ada masanya kita tak boleh nak isi, sama ada dia belum berkahwin lagi, ataupun berkahwin di luar negara, jadi perkahwinan itu belum disahkan tarafnya dalam kerajaan Malaysia, ada pun special case lah misalnya kes rogol.”

Mitos kedua pula ialah ketiadaan ‘buku pink’ menyebabkan seorang ibu tidak boleh bersalin di hospital kerajaan. Menurutnya, hospital kerajaan tetap benarkan ibu untuk bersalin biarpun dengan ‘tangan kosong’.

Namun begitu, dengan adanya ‘buku pink’ tersebut ia akan lebih memudahkan tugas mereka.

@alepza11

Kalau cari alasan, kita akan jumpa. Kalau cari jalan, pun kita akan jumpa juga. #dralphazaki

♬ original sound – Alpha Zaki – Alpha Zaki

“Bila ada buku tu, lebih membantulah untuk kami tahu berurusan dengan apa, darah tinggi ke, kencing manis ke, czer ke, pendarahan ke, dan sebagainya.

“Nak follow up dekat kerajaan ke swasta ke tak kisahlah janji jangan pandai-pandai dan jangan buat keputusan sendiri, kedua-duanya ada pros and cons masing-masing.”

Jadi, doktor ini berpesan kepada ibu hamil di luar sana agar sentiasa rajin melakukan pemeriksaan bagi memastikan kandungan mereka dalam keadaan baik.

Sumber : TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.