in

“Kalau setakat Uitm Dengkil, bahasa melayu elok digunakan” – Respon Biadap Peniaga Sewa Kereta Bila Student Tanya Harga

Sewakereta8

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam menjalankan perniagaan, adab kita bersama pelanggan haruslah dititik beratkan kerana cara komunikasi kita melambangkan bagaimana cara layanan diberikan kepada pelanggan.

Ni kalau awal-awal lagi dah mula mencarut orang, bagi respon sarkastik dan tak boleh terima teguran, macam mana lah perniagaan tu nak laku.


 

“Kalau setakat UiTM Dengkil, bahasa melayu elok digunakan.”

Mula-mula, pelajar yang dikenali sebagai Solehah Zahiril ini mesej pemilik sewa kereta itu untuk bertanyakan harga, dia tanya dalam bahasa Inggeris, lepas dia beritahu yang dia ni student UiTM Dengkil, terus peniaga tu sound suruh berbahasa melayu.

Memang betul apa yang dikatakan, suruh orang bahasa Melayu tapi perangai tak macam orang Melayu pun. Adab mana adab?

“1. Syllabus UiTM is in English ya.

2. Abang berbahasa Melayu pandai, beradab sebagai orang Melayu tak berapa pandai. THIS IS THE REASON WHY MALAY SHOULD NEVER RUN A BUSINESS Dengkil kids go rent cars from someone else

Lepastu jadi provocative LOL”

Malah siap memperlekehkan lagi kredibiliti IPT tersebut, sebagai pelanggan sudah semestinya cara layanan itu teruk apabila tegur orang pasal perkara yang tiada kait mengait dengan urusan.

Sewakereta

Sudahlah lah layanan buruk, siap tak boleh terima teguran lagi, malah siap ancam nak jejaki pelajar tersebut. Tak puas hati, sampai kejar lecturer, konon nak tahu perangai pelajar-pelajar di IPT itu. Siap desak pelajar tu untuk minta maaf

 

“Sebab kau, aku cancel semua booking UiTM..I tanya pensyarah pula ya? Nak tahu perangai korang macam mana”

Setelah dikaji selidik, Solehah mendapati bahawa perniagaan yang dijalankan oleh lelaki yang tak ada sivik ini rupa-rupanya….

Sewakereta2 Sewakereta3

 

Dah lah illegal lagi tak ada manner – Pelajar

Sewakereta4

 

Nak buka business sewa kereta tapi malas entertain customer

Ini pula cara layanan pemilik kereta tersebut dengan pelajar lain. Hmm, siap bongkak dan riak lagi bila orang tak nak.

Sewakereta5 Sewakereta6 Sewakereta7

Nak berniaga sepatutnya kena lah tahu adab, jangan terlalu selective dalam membuat rundingan dengan mereka. Tak kisah lah dia student mahupun orang biasa, mereka lah punca rezeki kita, jangan ingat budak-budak ni tak tahu apa-apa, kan dah kena viral.

 

Baca: Islam ke kapir ni ” – Cara Mesej Ejen Pelancongan Bila Pelanggan Nak Tanya Pakej Percutian Buat Netizen Meluat

Peniagabiadap

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.