in

“Kalau saya suruh bunuh, pergi bunuh tak?” – Tun M

Tum3 1
PUTRAJAYA, 3 Jan -- Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menuduh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pengkhianat berikutan langkah parti itu untuk bertanding sendirian dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang. Beliau berkata demikian dalam sidang media sempena pelancaran 'Harapan Baru: Policy Talks' di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. --fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Perdana Menteri kita Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kakitangan awam supaya berkhidmat dengan setia kepada kerajaan tapi bukan sampai tahap melakukan jenayah, lapor Malaysiakini.

Tum3
sumber: new strait times

Kalau saya bagi arahan suruh bunuh…. nak pi (pergi) bunuh tak?”

“Ada beza satu arahan lakukan jenayah dan dan arahan atas dasar tertentu….”


Menurut mStar, Tun M, yang tak point dekat mana-mana kes tertentu, berkata kakitangan awam termasuk anggota polis dan tentera berhak mengingkari perintah jika ia melanggar nilai moral.

Beliau berkata jika pegawai kerajaan mendapati tugas yang diberikan adalah jelas salah atau berunsur jenayah, mereka tidak seharusnya mengikut sahaja arahan tersebut.

“Anda tidak perlu ikut semua arahan. Hanya ikut arahan yang tertakluk di bawah dasar-dasar kerajaan.”

Tum2
sumber: blog

Walau bagaimanapun, beliau berkata ada kakitangan kerajaan yang secara buta mengikut arahan. Tulah!

“Apabila disuruh buat benda salah, ada pegawai yang sanggup… diarah sembunyi bukti tu.. dan kenakan hukum kepada sesiapa yang membocor… itu salah.”

Tun M menyambung bahawa adalah salah jika pengawai kerajaan menerima arahan untuk melakukan jenayah, seperti menyembunyikan bukti jenayah. Betul tu!

Tulah, jangan membuta tuli je ikut arahan…

Baca: Najib Ajar Rakyat Malaysia Suka Harap Duit Percuma – Tun M

Tum1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.